SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com
Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com
Selasa, 27 April 2010
Ulang Tahun Perkahwinan Tn. Hj. Roslan Yang ke-23
Sebentar tadi telah berlangsung majlis kesyukuran Tn. Hj. Roslan b. Lee secara kecil-kecilan meraikan usia perkahwinannya yang ke-23. Rakan-rakan telah disajikan dengan hidangan tengah hari bemenukan masakan istimewa pn. Mahani (Isteri tn. Hj. Roslan). Hidangan juga turut diserikan dengan ulam-ulaman dan sayuran-sayuran yang ditanam sendiri dan sebahagiannya diperolehi di sekitar tempat kami bertugas, SK Besout 3.


Label:
Ucapan
Ahad, 25 April 2010
Pegaga
Pegaga juga adalah antara sayuran dan ulaman yang ditanam di sekitar Sekolah Kebangsaan Besout 3. Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, pokok-pokok ini dapat juga dijadikan hidangan ketika sekolah mengadakan jamuan pada hari-hari tertentu atau bekalan pulang olehsebahagian guru atau kakitangan yang berminat.
Sabtu, 24 April 2010
Jumaat, 23 April 2010
Anggur F 10
Saya paparkan gambar terbaru anggur yang saya tanam di perkarangan rumah sewa saya, F10 Perumahan Kakitangan Kilang Sawit, Felda Besout 2. Ketika ini anggur itu sedang masak. Rasanya masam-masam manis.



Label:
Anggur
Jumaat, 16 April 2010
Temu
Spesis yang menyerupai kunyit.Bezanya daun lebih besar dan mempunyai jalur hitam di tengahnya.
Lokasi: SK Besout 3
Rabu, 14 April 2010
Cekor
Sesetengah orang mungkin tidak mengetahui tentang tumbuhan ini manakala sebahagian yang lain tidak menggemarinya lantaran baunya yang agak kuat. Apapun tanggapan orang, saya amat menggemari tumbuhan ini, apatah lagi jika dimasukkan ke dalam masakan ikan keli salai bersantan atau lebih dikenali "masak darat". Cekur juga boleh dijadikan penawar bagi orang yang berpenyakit angin jika memakannya.Terdapat dua jenis cekur di sini iaitu cekur hijau dan hitam namun saya hanya sempat memuatkan cekur hijau sahaja untuk perkongsian.
Lokasi: SK Besout 3
Nanas Hijau
Ahad, 11 April 2010
Dilanda Kemarau dan Makhluk Perosak
Musim panas yang berpanjangan membuatkan tanaman saya kering dan mati. Ditambah pula dengan tabiat malas untuk menyiram. Selain itu serangan makhluk perosak juga membuatkan hati menjadi lemah untuk membaikpulih tanaman. Bukan tidak pernah digunakan racun serangga tapi hasilnya tetap juga kurang memuaskan. Bimbang pula, takut-takut mendatangkan mudarat pada manusia. Seketika ini, biarlah tumbuhan sedia ada itu membina imunitinya secara semula jadi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Senarai Blog Pilihan
-
-
-
-
-
-
-
Accident!!!!20 jam yang lalu
-
-
-
MOHON HATI YANG TABAH!2 hari yang lalu
-
Wholesale Htc Phones2 hari yang lalu
-
-
Kawasan tidak sihat Malaysia2 hari yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
Buat Duit Dengan Menulis3 bulan yang lalu
-
-
-
-
ngantuknya6 bulan yang lalu
-
-
Acer Iconia Tab A1107 bulan yang lalu
-
-
SUDAH TUKAR!!!!Setahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
New Year=penting sangat?3 tahun yang lalu
-