Mata itik, sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan belukar kecil dan berpaya dan amat mudah ditemui di kawasan kebun getah satu ketika dahulu kini amat sukar ditemui. Pupus, mungkin disebabkan penggunaan racun rumpai. Tumbuhan ulam-ulaman tradisional ini hampir-hampir menyerupai pokok kacip fatimah dan berlainan sedikit daripada pokok mata ayam.Bahagian pucuknya dimakan bersama-sama sambal belacan atau sambal kelapa.Sesuai juga dijadikan bahan ramuan untuk nasi ulam.
Biji benih yang dihasilkan boleh disemai dan ditanam untuk pokok baru.
Pokok mata itik boleh menjangkau ketinggian hingga 1 meter tinggi berbanding pokok mata ayam yang lebih rendah.Daunnya licin dan lurus dibahagian tepi manakala pokok mata ayam mempunyai tepi daun yang berketak-ketak atau bergerigis.
Bahagian pucuk muda yang boleh dipetik dan dimakan.
Kepada penggemar dan pengumpul koleksi tumbuhan bolehlah mendapatkan benih pokok ini dan pokok-pokok ulaman lain seperti serai kayu,beluntas,mata ayam dan lain-lain di tapak semaian kecil berhampiran pondok penjaga keselamatan TCR atau Trolak Country Resort dan kini dikenali dengan nama Felda Residance Trolak dilaluan lama Ipoh Kuala Lumpur, berhampiran Sungkai, Perak.Harga yang ditawarkan agak murah dan berpatutan.