Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Rabu, 1 Julai 2015

Pohon Tin Mendapat Tempat Dalam Kalangan Masyarakat Tempatan

Dua orang pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seri Besout dengan hasil tuaian buah tin mereka.

Daunnya mirip daun kacang bendi.Batang pokok yang agak lembut. Buahnya pula seolah-olah buah ara atau buah lempung. Itulah pohon dan buah tin. Buah yang disebut di dalam al Quran sebaris dengan buahan lain seperti zaitun, tamar,delima dan anggur. Dipercayai mengandung pelbagai khasiat.

Akhir-akhir ini pohon Tin pula mengambil tempat sebagai hiasan taman atau lanskap kediaman. Sebelum ini tanaman lain seperti anggur yang diusahakan secara ladang dan kurma yang berbuah lebat menjadi viral dan keajaiban kepada masyarakat tempatan.

Ramai pengusaha nurseri dan pemilik kedai tanaman hiasan  menjadikankan pohon tin ini sebagai sumber pendapatan sampingan malah tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai sumber pendapan komersial. 

Terdapat pelbagai jenis pokok Tin telah ditanam dan dibiakkan di negara kita. Ada baka pohon tin yang dibawa masuk dari timur tengah dan tidak kurang juga dari negara Eropah seperti Pranchis.

Harganya pula boleh mencecah sekurang-kurangnya RM150 bagi anak pokok yang baru ditut bergantung kepada saiz dan jenis.

Sekumpulan guru, murid-murid Pendidikan Khas dan kakitangan SK Sri Besout dekat Sungkai, Perak adalah sebahagian dari pengemar dan peminat pohon ini dan mula berjinak-jinak dengan  tanaman ini sejak beberapa bulan yang lalu.

En. Abas bin Saman (Gambar atas), Guru Besar SK Sri Besout dan Tn. Hj Roslan B Lee (Gambar bawah)GPK SK Seri Besout, kedua-dua mereka merupakan sahabat penulis dibantu oleh kakitangan dan murid mereka mengorak langkah menceburi bidang yang julung-julung kali dalam daerah ini.


 


Berbekalkan pengalaman hasil lawatan ke beberapa pusat pembiakan pohon tin tempatan, En. Ismail, salah seorang Guru Penyelaras  Kelas Pendidikan Khas dengan kerjasama guru-guru SK Sri Besout dan  pihak pentadbiran mula melaksanakan misi mereka sejak november tahun lalu.

Difahamkan terdapat 30 spesis tanaman ini dibiakkan di SK Sri Besout .


Pokok-pokok muda dan baru hasil usaha pelajar dan guru sk Sri Besout.

Projek Tanaman Pokok Tin yang diusahakan oleh pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seri Besout dengan bimbingan dibawah Penyelaras Pendidikan Khas sebagai salah satu proses pembelajaran yang berkesan kepada pelajar dan mendedahkan kepada para pelajar tentang kepentingan pemeliharaan alam semula jadi.

Menurut Penyelaras Projek ini, pokok-pokok muda yang dihasilkan akan dipasarkan atau dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang berpatutan. Untuk keterangan lanjut anda boleh layarai : http://projektinsksribesout.blogspot.com/

nuffnang

Senarai Blog Pilihan