Sabtu, 28 November 2009

Ulam Raja

Boleh ditanam di dalam pasu atau dicambahkan di sekitar pagar. Pucuknya sangat enak dimakan bersama sambal belacan, sambal nyiur dan boleh dibuat kerabu. Boleh dimakan mentah atau direbus.

Isnin, 23 November 2009

Terung Bulat

Ini adalah gambar pokok terung bulat yang saya tanam kira-kira sebulan lepas bagi menggantikan pokok cili dan bendi yang telah habis jangka hayatnya. Saya jangkakan terung-terung ini akan mengeluarkan hasil tidak berapa lama lagi.