Rabu, 26 Oktober 2016

Pokok Tin Varieti Taiwan Golden Fig (TGF)



Menurut peminat tanaman ini vriety ini berasal dari Taiwan dan tergolong dalam kategori Common Fig.Saiz buah boleh mencecah antara 70 - 80 gram.Warna kulit buah matang merah dan sedikit kuning manakala warna isi kemerah-merahanan.

Pengeluaran buah sangat produktif dan tiada tempoh dorman.Kadar pertumbuhannya sederhana tinggi dan jumlah pengeluaran buah sederhana banyak.Saiz buahnya sederhana besar

Rasa buahnya sedikit strawberi dan melon. Pokoknya tahan hujan dan sesuai ditanam di Malaysia.

Pokok ini milik rakan agro saya En. Hamdi Zakaria juga diperolehi daripada Pengurus Pokok Tin Sri Besout,En Ismail. Aktiviti mereka boleh dilayari melalui linkhttp://projektinsksribesout.blogspot.my/ 

Selasa, 25 Oktober 2016

Pokok Tin Vriety Iraqi

Sudah lama tidak "mengupdate" blog ini. Tidak bermakna aktiviti agro terhenti. Ketika ini saya masih  berkongsi minat dengan rakan-rakan tentang hobi ini. Terkini saya paparkan pokok tin saya dari Vriety Iraqi yang sudah hampir berbuah.




Pokok ini saya perolehi daripada Pengurus Pokok Tin Sri Besout, En. Ismail. Aktiviti mereka bileh dilayari melalui link http://projektinsksribesout.blogspot.my/. Beliau bermurah hati berkongsi Vriety dengan saya.Menurut En.Ismail keistimewaan tin jenis ini amat aktif mengeluarkan buah. Rasanya juga agak enak. Harga pasaran untuk vriety ini sekitar RM 300 dan keatas mengikut saiz.