Selasa, 10 September 2019

Tin oh Tin

Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya.

Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaganya dan dapatlah hasil yang terbaik.Jika tidak, pokoknya hidup segan mati tak mahu.Buahnya pula tawar dan tidak menarik.

Faktor cuaca,cara pembajaan,penyiraman dan kawalan serangga dan penyakit seharusnya dititikberatkan.

Saya bukanlah orang yang tahan dengan penjagaan tumbuhan ini. Walaubagaimanapun saya cuba untuk semai semula agar tidak pupus.

Jika tidak keluar pucuk baru dalam tempoh sebulan lagi pastinya usaha ini dianggap gagal.


Antara saki baki vriety pohon yang masih tinggal. Victoria, Tena, Iraqi dan Pinache 








2 ulasan: