Selasa, 13 Julai 2010

Bunga Telang Pewarna Nasi Kerabu

Saya baru mendapat maklumat dan nama sebenar bunga yang digunakan sebagai pewarna nasi kerabu daripada rakan-rakan setugas. Menurut mereka nama bunga ini ialah bunga telang mengikut pertuturan masyarakat setempat. Dikenali juga dengan nama blue pea , clitoria flower ataupun food dye. Mungkin sebutan nama bagi bunga ini berbeza mengikut tempat.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi maklumat dan maklum balas. Maklumat lengkap boleh didapati http://www.malaysiabest.net

Pokok bunga telang.
Biji benih pokok telang seakan-akan kacang parang dan bersaiz kecil.
Terhasil apabila buahnya masak.
Awas! di bawah ini bukan pokok bunga telang sebaliknya bunga serombong atau bunga loceng.(Tidak pasti nama sebenar) . Jangan tersilap kerana kedua-dua bunga yang dipaparkan berwarna biru.
Lokasi:Taman skb3

3 ulasan: