Isnin, 23 September 2013

Limau Purut

Pastinya tidak asing lagi bagi kebanyakan masyarakat Asia.Sinonim dengan masakan tom yam .Daun limau purut adalah salah satu bahan utama untuk menerbitkan aroma  bagi masakan tersebut. Daun limau ini juga digunakan sebagai bahan penambah aroma bagi masakan lain antaranya rendang dan asam pedas. Buahnya pula digunakan dengan meluas oleh orang-orang Melayu sebagai salah satu bahan perubatan tradisional.Pada masa lampau,limau purut beserta "sintuk"  digunakan sebagai campuran bahan mandian bagi perempuan yang lepas pantang. Mungkin dianggap sebagai "body shampoo" pada masa itu. Saya tidak pasti sama ada perahan limau ini boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Limau purut yang saya paparkan ini adalah dari jenis yang kecil buahnya. Setahu saya terdapat dua jenis limau purut, iaitu jenis besar dan kecil buahnya. Dikatakan daun limau purut jenis kecil ini mengeluarkan aroma lebih kuat.Rasanya pula lebih baik berbanding limau purut jenis besar yang agak pahit.

1 ulasan:

  1. blog yg bagus, salam kenal dan silahkan mampir gan
    http://bp2kpmm.blogspot.com/

    BalasPadam