SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Jumaat, 22 Januari 2010

Bunga Dulang

Bunga dulang juga dikenali dengan nama bunga kertas. Amat cantik dan mengeluarkan bunga yang banyak ketika musim panas.








Markisa

Markisa, sejenis tumbuhan menjalar. Rasa buahnya masam-masam manis. Buah ini juga dikenali oleh sebahagian orang dengan nama buah susu. Jus yang dihasilkan daripada buah ini amat sedap rasanya dan mungkin mengandungi vitamin tertentu.


Anggur Hiasan

Hampir empat tahun usianya, namun pokok anggur ini masih setia berbuah. Sehingga kini belum pernah putus.



Selasa, 19 Januari 2010

Mas Cotek

Tumbuhan ini dikatakan mempunyai khasiat tersendiri dan digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit. Akhir-akhir ini pula tumbuhan ini bertambah popular, dijual dan diklaskan sebagai tumbuhan herba. Tidak kurang juga yang menanamnya sebagai hiasan. Gambar ini dirakamkan dihadapan bengkel Golokkraf dan ditanam oleh pemiliknya saudara Hairie@Tok Kie. Menurut beliau, tumbuhan ini tumbuh secara menumpang di pokok sawit dan boleh didapati dengan mudah di sekitar Felda Gunung Besout.


Mas cotek jenis besar (betina)
Mas cotek jenis kecil (jantan)


Pohon Berduri




Orkid







Keladi



nuffnang