SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Rabu, 29 Disember 2010

Berjagung-jagung Dahulu Sementara Padi Masak

Beberapa hari ini tidak dapat turun menjoran lantaran tugas-tugas rutin dan hujan yang berpanjangan. Kesempatan ini saja gunakan untuk menguruskan ruang terhad di sisi kediaman untuk menanam jagung dan beberapa tanaman lain.
Benih yang digunakan adalah benih jagung manis Taiwan yang dijual di kedai-kedai pertanian dengan harga RM 18/tin dan boleh ditanam diladang yang agak luas.
Langkah menggali lubang adalah kaedah yang sesuai dan boleh digunakan jika kawasan tanah agak sukar untuk dibuat batas ataupun kawasan tanah yang tidak subur untuk tanaman jagung. Isikan lubang yang digali dengan sedikit tanah hitam atau tanah bakar.
Masukkan benih jagung dan siram.
Anak-anak jagung yang berusia kurang 2 minggu.
Setelah berusia 2 minggu eloklah diletakkan sedikit baja. Baja sebatian (urea) adalah baja yang sesuai untuk tanaman jagung diperingkat ini untuk pertumbuhan daun.

Gemburkan tanah di sekitar pangkal anak-anak jagung sebelum diletakkan baja.
 Anak-anak jagung yang berusia lebih 2 minggu.


 Pemantauan harus selalu dilakukan bagi memastikan jagung tidak terencat dan sentiasa subur. Pembajaan dan penyiraman amat perlu sehingalah jagung mula mengeluarkan bunga.

Ahad, 26 Disember 2010

Merimbun dan Berputik Lagi

Lama benar tidak"mengupdate" blog ini. Masalah teknikal yang belum pulih, gambar-gambar masih tersimpan di dalam hard disk komputer lama yang sedang diselenggarakan.Entah bila akan selesai saya tidak pasti. Ini halnya dengan anggur yang berada di rumah sewa saya. Sudah saya cantas dan potong dahan dan ranting. Yang tinggal hanyalah bahagian yang boleh saya bawa pulang ke rumah. Belumpun sempat dibawa pulang tahu-tahu sudah merimbun semula dan berputik lagi. Belum mahu dibawa pulang agaknya. Saya akan bawa pulang juga sekiranya pergola yang dibuat oleh Tok Kie Golok Kraf siap sepenuhnya.




Sabtu, 6 November 2010

Cermai Belanda

Pokok ini saya temui di halaman rumah salah seorang rakan yang sama-sama suka menyemakkan halaman dengan spesis tumbuhan yang unik. Cermai Belanda, begitulah nama tumbuhan ini. Pada mulanya saya sangkakan pokok bidara. Apabila diamati lain dan amat lain dari pohon bidara. Cermai belanda rasanya masam-masam manis. Boleh dimakan buahnya apabila bertukar daripada warna hijau, kuning kepada merah. Pokok ini tumbuh melalui percambahan biji benih.Sesuai ditaman di halaman rumah kerana pohonnya tidak terlalu besar.



Jumaat, 5 November 2010

Lada Hitam

Sekali diperhatikan bentuk daun dan cara hidupnya seperti pokok sireh. Pokok lada hitam ini pemberian sahabat, En. Zulkaain kepada saya beberapa tahun yang lalu. Masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berbuah. Mungkin kerana tidak diurus dengan baik. Pokok lada hitam ini memerlukan kadar cahaya yang cukup untuk merangsang pertumbuhannya. Jika tidak diurus dengan baik beginilah jadinya. Hidup segan mati tak mahu.



Jumaat, 20 Ogos 2010

Nampak Macam Sedap

Masak lagi anggur di hadapan rumah saya. Nampak macam sedap lebih-lebih lagi pada waktu siang begini. Berani bertaruh, rasanya pasti sangat masam, tambahan pula di musim hujan begini.


Jumaat, 6 Ogos 2010

Meninjau Pergola Tok Kie

Waktu-waktu yang terluang ini saya berkunjung ke rumah En. Hadi salah seorang rakan yang menggunakan khidmat Tok Kie Golokkraf untuk membina pergola di hadapan rumah beliau. Saya paparkan perkembangan terkini pergola tersebut. Masih belum sempurna sepenuhnya.





Selasa, 3 Ogos 2010

Tanaman Sayur Sebagai Lanskap Sekolah

Saya sempat mengambil beberapa keping gambar tanaman sayuran yang terdapat di sekitar Sekolah Kebangsaan Sri Besout sewaktu kunjungan saya ke Program Hari Keusahawanan sekolah tersebut baru-baru ini. Keadaan ini mengingatkan saya pada aktiviti sekolah-sekolah sekitar tahun 70-an dahulu. Pada waktu itu murid-murid diasuh bercucuk tanam melalui program "Rancangan Buku Hijau".

Fakta Rancangan Buku Hijau

Rancangan Buku Hijau telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.


Rancangan Buku Hijau bertujuan untuk menggalakkan rakyat lebih gigih dan giat berusaha bercucuk tanam untuk keperluan harian dan jualan.

Rancangan ini bermatlamatkan agar rakyat lebih berdikari di samping membantu membangunkan ekonomi negara terutamanya dalam sektor pertanian.

Jumaat, 30 Julai 2010

Pokok Lemuni @ Lagundi

Lemuni ialah sejenis tumbuhan renek dan kadang kala boleh membesar melebihi ketinggian 5 meter.Saya tidak pasti kegunaannya, namun dari penceritaan orang tua-tua, tumbuhan ini boleh digunakan dalam ramuan perubatan secara tradisional untuk merawat ibu-ibu lepas bersalin serta rawatan luka-luka kecil. Daunnya juga dikatakan boleh dijadikan salah satu bahan campuran untuk memasak nasi beriani.


Lokasi: SK Besout 3

nuffnang