SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 10 September 2019

Tin oh Tin

Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya.

Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaganya dan dapatlah hasil yang terbaik.Jika tidak, pokoknya hidup segan mati tak mahu.Buahnya pula tawar dan tidak menarik.

Faktor cuaca,cara pembajaan,penyiraman dan kawalan serangga dan penyakit seharusnya dititikberatkan.

Saya bukanlah orang yang tahan dengan penjagaan tumbuhan ini. Walaubagaimanapun saya cuba untuk semai semula agar tidak pupus.

Jika tidak keluar pucuk baru dalam tempoh sebulan lagi pastinya usaha ini dianggap gagal.


Antara saki baki vriety pohon yang masih tinggal. Victoria, Tena, Iraqi dan Pinache 








Ahad, 8 September 2019

Rezeki Di sebalik Rimbunan Pohon Bidara

Di sebalik rimbunan pohon bidara.Tersembunyi log yang masih aktif. Rezeki dari bunga-bungaan. 1.8 kg untuk tuaian kali ke 5. Alhamdulillah.










Jumaat, 6 September 2019

Pokok Belimbing

Teruja dengan bunganya yang tidak bermusim. Moga membesar dengan baik dan rajin berbunga.



Khamis, 5 September 2019

Memburu Impian

Semoga daerah ini menjadi milik saya,kami dan kita.Meskipun kaki sudah semakin goyah untuk berdiri. Apalagi berlari.. Tempat yg mungkin selamat utk kelulut bernaung... Biar waktu menentukan... Rozaimi Rozai





Rabu, 4 September 2019

Limau Telur Buaya

Cubaan membiakkan anak pokok limau telur buaya warisan bonda dari anak akar. Bukan untuk dijual. Hanya sekadar koleksi halaman.







nuffnang