SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com
Memaparkan catatan dengan label Nanas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nanas. Papar semua catatan

Selasa, 25 Ogos 2015

Nanas: Mengambil Risiko Sebagai Tanaman Hiasan di persekitaran Kediaman

Sesekali mencuba apa salahnya. Sebelum ini bekas plastik polybag saya gunakan untuk tanaman lain seperti jagung,terung dan cili api.Setelah bekas yang digunakan untuk menanam tanaman tersebut secara bergilir-gilir dimamah usia dan terdedah kepada pereputan, sebagai langkah akhir saya gunakan untuk menanam nanas pula. 
 
Saya kira jangkamasa yang diambil untuk nanas ini berbuah tidaklah lama seperti nanas terdahulu yang saya tanam di atas tanah sahaja. Jangkaan saya meleset. Sudah setahun lebih, belum menunjukkan tanda-tanda mahu berbuah.Mungkin faktor cuaca atau tanah telah kehabisan baja.Atau saya yang cuai membajai tanaman ini lantaran kesibukan waktu.Yang pasti, sukar untuk menguruskan tanaman ini lantaran duri-durinya yang tajam menusuk kulit.


Terdapat lebih kurang 50 pokok nanas yang saya tanam secara rojak bersama-sama pokok cili api dan kacang botol.Pokok-pokok nanas ini pula terdiri daripada nanas jenis Morris, nanas Sarawak, nanas Hijau dan nanas kacukan FELDA (N32).
Menanamnya di persekitaran rumah mengundang risiko kecederaan kepada penghuni rumah terutama anak-anak. Kadang-kadang menerbitkan perasaan malas tatkala melihat tumbuhan kita dibungkus semak samun. Apa tidaknya, terpaksa menahan derita ketika mencabut rumput rampai yang tumbuh akibat tertusuk duri.


Nanas hijau lebih tajam durinya.
Nanas N32, daunnya agak kemerah-merahan.
Nanas sarawak, berdaun kasar dan kurang duri.
Nanas Sarawak dari tanaman saya yang terdahulu.Boleh mencecah berat sehingga 2kg lebih sebiji.

Nanas hijau, juga dari tanaman saya yang terdahulu.Nanas ini dikatakan mampu merawat beberapa jenis penyakit.

Ahad, 30 Jun 2013

Nanas Eropah

Mengambil kesempatan untuk memaparkan nanas yang ditanam di perkarangan rumah.Jumlah atau bilangan pokok nanas yang dapat ditanam tidaklah banyak.Terdapat kira-kira 4 pokok nanas eropah dan 6 pokok nanas hijau. Alhamdulillah, keempat-empat nanas eropah sudah dapat hasilnya manakala satu daripada nanas-nanas hijau sudah berputik.

 Nanas eropah dan nanas hijau ditanam secara berselang seli.
 Nanas eropah mula berputik.


 Mula membesar.

 Mula matang.
Nanas eropah amat mudah diuruskan kerana deduri pada daunnya agak kurang.
Nanas hijau. Buahnya hijau dan rasanya sedikit masam. Sesuai dibuat masakan paceri.Di kalangan penduduk setempat nans ini sebagai ramuan perubatan secara tradisional bagi menyembuhkan penyakit batu karang dan darah tinggi.Seperti nanas moris, duri-duri pada dedaunnya amat menyukarkan proses merumput.
Sudah dapat dituai. Rasa yang sangat manis.Masa yang diambil untuk menghasilkan nanas ini agak lama. Kira-kira tujuh bulan dari anak pokok ditanam.

Ketika ini saya menambah 10 pokok nanas jenis moris di ruang terhad sekitar rumah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih nanas moris boleh berhubung di ruang catatan. 

Sebagai makluman anak-anak benih nanas ini dihasilkan dari ladang-ladang kecil sahabat-sahabat  di sekitar Gunung Semanggol dan Bagan Serai. 

Jika anda melalui jalan lama (persekutuan) Ipoh - Butterworth anda boleh singgah di gerai nanas mereka yang terletak di Kampung Sungai kepar, berhampiran Simpang Empat Semanggol dengan harga yang berpatutan.

Rabu, 14 April 2010

Nanas Hijau

Setelah tanaman saya tidak lagi hidup subur di persekitaran rumah, saya mengambil keputusan untuk merehatkan tanah di kawasan itu seketika. Tujuannya agar serangga perosak dapat berhijrah ke tempat lain. Tanpa saya sedari persekitaran tempat kerja saya juga ditanam dengan tumbuhan yang tidak kurang memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Lantas saya berusaha mengaktifkan semula catatan saya ini.
Secara umum nanas dikatakan mempunyai rasa yang enak. Boleh dijadikan pelbagai juadah samaada sebagai sayuran atau hidangan pencuci mulut. Sesetengah orang menjadikan nanas sebagai bahan untuk menghilangkan kesan minyak pada tangan selepas makan. Nanas hijau juga dikatakan mampu merawat beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi dan batu karang.Lokasi : Perkarangan SK Besout 3.

nuffnang