SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Rabu, 29 Disember 2010

Berjagung-jagung Dahulu Sementara Padi Masak

Beberapa hari ini tidak dapat turun menjoran lantaran tugas-tugas rutin dan hujan yang berpanjangan. Kesempatan ini saja gunakan untuk menguruskan ruang terhad di sisi kediaman untuk menanam jagung dan beberapa tanaman lain.
Benih yang digunakan adalah benih jagung manis Taiwan yang dijual di kedai-kedai pertanian dengan harga RM 18/tin dan boleh ditanam diladang yang agak luas.
Langkah menggali lubang adalah kaedah yang sesuai dan boleh digunakan jika kawasan tanah agak sukar untuk dibuat batas ataupun kawasan tanah yang tidak subur untuk tanaman jagung. Isikan lubang yang digali dengan sedikit tanah hitam atau tanah bakar.
Masukkan benih jagung dan siram.
Anak-anak jagung yang berusia kurang 2 minggu.
Setelah berusia 2 minggu eloklah diletakkan sedikit baja. Baja sebatian (urea) adalah baja yang sesuai untuk tanaman jagung diperingkat ini untuk pertumbuhan daun.

Gemburkan tanah di sekitar pangkal anak-anak jagung sebelum diletakkan baja.
 Anak-anak jagung yang berusia lebih 2 minggu.


 Pemantauan harus selalu dilakukan bagi memastikan jagung tidak terencat dan sentiasa subur. Pembajaan dan penyiraman amat perlu sehingalah jagung mula mengeluarkan bunga.

5 ulasan:

  1. jagung pun tanam jugak ke?
    memang rajin....kalau ada buah jangan lupa bagi eita sikit ye..he3

    BalasPadam
  2. wah! tanam jagung lagi, jagung yg lama dah habis petik ke?

    BalasPadam
  3. benih jagung mana yg rasa nya agk manis.jugam x bnyak musuh. dimana blh dapat utk 1/2 ekar..

    BalasPadam
  4. brapa pulangan hasil kalu 1/2ekar..dan apakh jnis jagung yg pling mndapat permntaan ramai.adakh sesuai buln ini{sept} tanam jagung? klu tmpat ada babi macamna bntuk pagar sesuai..?atau x bimbng..

    BalasPadam

nuffnang