SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Ahad, 16 Januari 2011

Misi Membawa Pulang Pokok Anggur

Agak sukar juga untuk membawa pokok anggur yang telah besar ini ke kediaman sebenar kami. Hendak ditinggalkan terasa sayang pula. Apacara sekalipun  pokok ini harus dibawa pulang. Langkah pertama terpaksa buang sebahagian dahan,ranting dan kesemua daunnya.Kemudian batang yang hampir sebesar lengan budak dan agak panjang itu digulung serta diikat agar boleh dimuatkan ke dalam kenderaan.
 Masih berbuah.
Sebahagian akar  terpaksa dipotong.
 

Pohon anggur ini selamat dibawa pulang setelah "dipaksa masuk" ke dalam kereta saya.

Terpaksa pula memikirkan bagaimana untuk membawa pergola ini pulang. Pergola ini telahpun disiapkan oleh Tok Kie Golokkraf khusus untuk saya.

8 ulasan:

  1. Melihat pokok anggur ni lansung teringat arwah ayah ada tanam masa saya kecik2 dulu di Jengka. teringat ayah..
    http://adzriel.blogspot.com/2010/09/aidilfitri-tanpa-ayahalfatihah.html

    BalasPadam
  2. as salam,

    hidup tak pokok anggur tu?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...

    Kat mana dapat benih anggur tu..?

    BalasPadam
  4. Jiran sya pun ..tanam pokok anggur ni..tapi sayang..dh ditebang

    BalasPadam
  5. tokan 2 ibu intan , skrg pokok anggur dah mula berdaun semula...hiduplah tu...

    BalasPadam
  6. tokan 2 En. Abdul Razak...alaikumussalam..saya dapat benih anggur tu drpd rakan di sungai Petani. Sekarang ini benih anggur ada di mana-mana nursery. Sbgai contoh kedai bunga berhampiran tmpt tinggal saya ada jual dengan harga rm 35 tanpa buah. Siap buah harga Rm 50 sepasu, tp saya x pernah dengar ada buah yang rasanya manis... stkt ni semua penanam mengakui rasanya masam...

    BalasPadam
  7. tokan 2 cat4u - sayangnya...skrg ramai org suka tnm anggur utk hiasan.

    BalasPadam

nuffnang