Begitulah kehidupan, lambat laun pastinya berubah atau diubah.Setelah sekian lama menghuni di kediaman F10, Perumahan Kakitangan Perbadanan Kilang Sawit,Felda Besout, Akhirnya terpaksa juga meninggalkan rumah yang penuh nostalgia itu. Diserahkan semula kepada pihak pengurusan kerana kerja-kerja menaik taraf dan pembinaan semula rumah pegawai dan petugas.Selepas ini, pastinya lokasi ini berubah wajah dengan bangunan baharu yang sedang dan akan dibina.
Tiada lagi serai,kelapa,nangka,anggur,limau purut,limau kasturi,delima,anggur,pisang abu,pisang berangan,kunyit dan rambutan merah.Sebahagiannya terpaksa ditinggalkan.Hanya anggur dan serai mampu dibawa pulang untuk di tanam di kediaman baharu.
Saksikan kronologi pohon rambutan merah yang saya tanam di hadapan rumah sewaan ini mengeluarkan hasil.Usianya hampir 4 tahun.Paling banyak berbuah pada tahun ini.Ditinggalkan sebagai wakaf kepada penghuni terkemudian.
Masih sempat merasa, sebelum berangkat keluar, terdapat setangkai dua rambutan yang telah masak untuk kami nikmatinya.Mungkin buah dari bunga yang terdahulu.
Melupuskan barang-barang usang di rumah F10 sebelum ditinggalkan dan di serahkan kepada pihak Pengurusan Perbadanan Kilang Felda.
Masih boleh merasa rambutan yang terdapat di rumah ayah.Di tempat tinggal saya sekarang agak mustahil untuk menanam rambutan.Ruangan yang terhad.Hanya sesuai untuk tumbuhan kecil atau tanaman pasu.