Serai berbunga.Saya kerap melihat serai yang ditanam penduduk sekitar tempat saya tinggal berbunga. Apabila keadaan ini terjadi, penduduk sekitar akan berbicara tentangnya.Kebiasaannya akan adalah bomoh atau pawang yang dijemput untuk mendapatkan batu atau "permata" yang kononnya ditinggalkan oleh makhluk halus atau bunian di pangkal rumpun serai tersebut.Bomoh atau pawang tersebut lazimnya meminta bayaran sekurang-kurangnya RM200 untuk melakukan upacara mengeluarkan batu atau "permata" dari rumpun serai.
Aktiviti dilakukan pada waktu malam dan hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di lokasi. Setelah mentera dibaca dan air direnjiskan, pawang atau pembantunya akan mula menggali rumpun serai yang berbunga itu.Setelah dicabut, rumpun serai tersebut digoyang-goyangkan dan akan bertaburanlah batu-batu seolah-olah permata yang telah siap dipotong seperti dijual di pasar malam atau di kedai-kedai aksesori wanita.Lebih aneh kadang kala terdapat batu-batu yang siap diikat menjadi kalung atau rantai.
Beberapa orang sahabat saya telah memiliki batu-batu ini hasil proses ritual yang dilakukan oleh pawang atau bomoh yang diundang dan menjadikan batu-batu "permata" ini sebagai batu cincin. Cantik juga tapi sehingga kini saya masih tidak percaya akan batu-batu tersebut benar-benar dihasilkan daripada rumpun serai yang berbunga itu. Hati kecil saya mengatakan, aktiviti tersebut sebagai salah satu aktiviti penipuan yang dilakukan oleh bomoh atau pawang.

Salah satu rumpun serai yang berbunga berhampiran tempat saya bertugas.
Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.
Penanaman
Penanaman
Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair
atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai
tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa
dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma
dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat
banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih
keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Kegunaan
Kegunaan
Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.
Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.