SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Rabu, 23 Oktober 2013

Terung Bulat Menggantikan Cili Api

Setelah puas merasai kepedasan cili api dan kehijauan pohonannya yang semakin pudar, tibalah masa bertukar jenis tanaman. Kali ini saya  pilih terung bulat. Sempat jugalah merasa hasil titik peluh awal,     lebih 50 pokok anak benih yang saya semai dijual kepada rakan-rakan dengan harga RM 1/pokok. Selebihnya saya guna sendiri. Kini tanaman terung sudah menampakkan hasil.




nuffnang