Jarang dimanfaatkan.Sekadar hiasan dan penyeri halaman.Boleh juga dianggap penyemak kerana daun dan pelepah daun yang sering berguguran.Buahnya hanya menjadi santapan burung. Sesekali menjadi habuan kanak-kanak atau ibu-ibu hamil yang bertandang.
Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam
dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi.
Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama
sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya
masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih
tunggal yang keras di tengah-tengahnya.- Wikipedia.