SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Rabu, 20 November 2019

Madu Kelulut Agrohias

Hari ini berpeluang untuk sedut sedikit lagi madu kelulut dari ladang kami. Sebagai memenuhi beberapa orang pelanggan yang akan pulang bercuti.













Selasa, 10 September 2019

Tin oh Tin

Kembali menjenguk pohon-pohon tin yang tidak terurus. Bukan mudah menanam tumbuhan ini jika kurang ilmunya.

Hanya orang yang sabar dan rajin dapat menjaganya dan dapatlah hasil yang terbaik.Jika tidak, pokoknya hidup segan mati tak mahu.Buahnya pula tawar dan tidak menarik.

Faktor cuaca,cara pembajaan,penyiraman dan kawalan serangga dan penyakit seharusnya dititikberatkan.

Saya bukanlah orang yang tahan dengan penjagaan tumbuhan ini. Walaubagaimanapun saya cuba untuk semai semula agar tidak pupus.

Jika tidak keluar pucuk baru dalam tempoh sebulan lagi pastinya usaha ini dianggap gagal.


Antara saki baki vriety pohon yang masih tinggal. Victoria, Tena, Iraqi dan Pinache 








Ahad, 8 September 2019

Rezeki Di sebalik Rimbunan Pohon Bidara

Di sebalik rimbunan pohon bidara.Tersembunyi log yang masih aktif. Rezeki dari bunga-bungaan. 1.8 kg untuk tuaian kali ke 5. Alhamdulillah.










Jumaat, 6 September 2019

Pokok Belimbing

Teruja dengan bunganya yang tidak bermusim. Moga membesar dengan baik dan rajin berbunga.



Khamis, 5 September 2019

Memburu Impian

Semoga daerah ini menjadi milik saya,kami dan kita.Meskipun kaki sudah semakin goyah untuk berdiri. Apalagi berlari.. Tempat yg mungkin selamat utk kelulut bernaung... Biar waktu menentukan... Rozaimi Rozai





Rabu, 4 September 2019

Limau Telur Buaya

Cubaan membiakkan anak pokok limau telur buaya warisan bonda dari anak akar. Bukan untuk dijual. Hanya sekadar koleksi halaman.







Sabtu, 6 Julai 2019

Kelulut Dan Madu Kelulut

Santai di halaman bonda. Cukup untuk hari ini bagi memenuhi permintaan pengamal madu. 2.2kg tuaian luar musim bunga untuk 2 log yang agak aktif. Lokasi operasi di halaman bonda 21 Kampung Kurnia Slim River. Terima kasih kepada pengamal madu kelulut yang sudi mendapatkan madu kelulut daripada kami.







Selasa, 2 Julai 2019

Kelulut Dan Madu Kelulut Asli

Perkhidmatan Jual Beli Log Kelulut,  Toping, Stand Log, Kotak Hive dan Baik Pulih Log Sekitar Gugusan Felda Besout dan Daerah Muallim,  Slim River.

1. Log kelulut
- itama
- binghami
- thoracica
- apicalis

2. Toping
- kayu durian
- kayu hutan spt jelutung dan acasia.
- dipotong dan dibelah sendiri
- saiz ikut permintaan
- harga bermula RM 50 ++

3. Stand log
- bancuhan simen, pasir dan konkrit
- harga bermula RM 30

4. Perkhidmatan
- baik pulih sperti potong dan toping
- pindah kotak hive
- harga tertakluk kpd kesukaran

5. Kotak hive
- kayu belah sendiri ketebalan 1 inci.
- ukuran tertakluk kpada permintaan
- harga boleh runding.

Info Hari ini 4/7/2019

Harga log ( kelulut jenis itama sahaja)

1. Log (itama) kosong tanpa toping (rumah) bermula RM 300 - 350

2. Toping RM 50

3. Log (itama) siap potong dan toping Rm 380 - Rm 400

4. Log (itama) Siap potong + toping + ada buntil madu bermula RM 450 - ++++

* harga tidak termasuk kos pengangkutan.

*Pembeli dicadangkan datang berbincang dan melihat keaktifan log terlebih dahulu.

* Jika berminat dgn log pembeli dicadangkan mengambil sendiri (penghantaran tidak disediakan) log di bengkel En.  Hamdi Felda Besout 3 (janji temu waktu malam).

* Harga bergantung kpd keaktifan kloni kelulut pada setiap log.

* urusan perbincangan / urusniaga dan khidmat Bantu hubungi / WhatsApp hp 0164523323 (En.  Hamdi).

* Kami juga sedia menjual madu kelulut dengan harga berpatutan.

Pengedar madu

1. En wan - Felda Besout - 01119380907
2. En. Hamdi - Felda Besout - 0164523323
3. Cikgu Budr - Slim river - 01157672521
4. Cik Mazlina - Tanjung Malim - 0126297671

Tempat operasi ternakan kelulut

1. Felda Gunung Besout 2 Dan 3.
2. Kpg Kurnia Slim River.
3. Taman Bukit Slim, Slim River.

Terima kasih kerana berminat.







Jumaat, 28 Jun 2019

Buah Rokam

Sejenis buah hutan yang agak sukar ditemui. Menjadi santapan zaman kanak-kanak.

Buah matang merah kehitam-hitaman. Rasanya masam kelat.

Lakasi pokok Felda Gunung Besout 3.


nuffnang