Cili Api, Cili Padi,Cabai Melaka @ Cili Kampung (cabai @ cili burung kepada saiz yang lebih kecil) begitulah nama yang sering disebutkan oleh kebanyakan orang kepada spesis cili ini.Bersaiz kecil namun kepedasannya tidak terkata.
Anak-anak benih yang saya sediakan dalam polybag bersaiz kecil.
Setelah mencapai usia dua minggu atau lebih sedia untuk dipindahkan.
Polybag bersaiz 16 x 16 untuk penanaman pokok cili.Tanah yang dicampur dengan sedikit pasir,tanah merah, abu tandan sawit,sekam padi,sabut kelapa dan baja organik tinja kambing digunakan sebagai medium.
Anak-anak benih disediakan untuk menggantikan atau sebagai sulaman kepada pokok yang dijangkiti penyakit. Sebahagian anak benih yang saya hasilkan dan tidak habis digunakan turut dijual kepada rakan-rakan yang berminat dengan kadar RM 1/ pokok.
Pokok matang dan hampir mengeluarkan buah.
Tidak banyak pokok yang mampu saya tanam pada ruang yang terhad. Setelah disusun atur hanya boleh memuatkan kira-kira 90 polybag. Kepadatan yang menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan dan penuaian hasil.
Setelah hampir dua bulan, pokok-pokok yang ditanam telah mengeluarkan hasil dan sedia untuk dipetik.
Permintaan terhadap cili ini amat tinggi. Harga yang ditawarkan oleh pemborong atau peniaga sayuran mencecah RM 15 - 20 sekilogram.Tuaian pertama saya perolehi kira-kira 4 kg. Tuaian seterusnya agak menyusut kerana kaedah penjagaan yang tidak begitu sempurna.Kepanasan yang melampau dan serangan serangga serta virus daun kerinting.Walaubagaimanapun untuk keperluan harian atau kegunaan sendiri mencukupi.
Tokan : Bukan hasil sasaran utama tetapi sebagai aktiviti santai,riadah dan juga terapi minda.