Pokok tongkat ali ini saya perolehi semasa malakukan aktiviti berburu di hutan sekitar tempat tinggal saya. Pada waktu malam pokok ini mudah kelihatan dan mudah dikesan melalui suluhan lampu picit. Pada asalnya saya memiliki 3 pasu pakok ini namun 2 darinya telah mati akibat akarnya tidak dapat bergerak bebas. Mungkin disebabkan pasu yang saya gunakan agak kecil. Tidak sukar untuk menanam pokok ini, cabut dari habitat asalnya dan terus ditanam ke dalam pasu. Pokok ini juga boleh di tanam dengan menggunakan biji benih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan