Sedar tidak sedar pokok jagung yang saya tanam di sekitar rumah sudah mahu membuahkan hasil. Sebahagian pokok kelihatan agak subur manakala sebahagian yang lain seperti tidak bermaya berbanding dua minggu setelah ditanam. Kesilapan saya mungkin jarak penanaman yang agak rapat yang menyebabkan sesetengah pokok terbantut tumbesarannya. Mungkin juga terlebih baja siraman yang saya lakukan menyebabkan daun-daun ini menjadi kering seperti terbakar. Ada pokok yang langsung mati setelah mengeluarkan bunga. Kerana terlalu ghairah ingin melihat daun menjadi hijau, saya bajai pokok ini tanpa mengikut aturan dan jadual yang sepatutnya. Akhirnya sebahagian pokok menjadi rosak.
Pokok-pokok yang ditanam di bahagian tepi rumah.
Pokok jagung yang ditanam di belakang rumah.
Kelihatan kekuning-kuningan dan kurang subur.
Sudah berbunga.
Rajinnya menanam.....
BalasPadamuntung ada tanah.kalau dok taman, blh tanam dlm pasu je...
salam,
BalasPadambestnye kalau dah boleh petik nanti, leh buat pengat jagung, cekodok jagung takpun rebus saja...manis dan sedap
Tokan2azilas t kasih datang. x juga, saya pun tinggal d taman. Adalah sdikit ruang kosong yang melibatkan pertikaian dgn org umah. Dia nak tambah besarkan umah tp saya nak ruang bcucuk tanam sikit2. Asal dr kampung, msti nak tanam2 juga.
BalasPadamtokan2ibuintan. trima kasih bkunjung. Gitulah ibu...anak2 suka sangat mkn jagung. Nak beli jagung kat sini agak mahal juga. Satu tongkol mau rm 2. so tanam2lah sikit
BalasPadam