SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Ahad, 16 Januari 2011

Misi Membawa Pulang Pokok Anggur

Agak sukar juga untuk membawa pokok anggur yang telah besar ini ke kediaman sebenar kami. Hendak ditinggalkan terasa sayang pula. Apacara sekalipun  pokok ini harus dibawa pulang. Langkah pertama terpaksa buang sebahagian dahan,ranting dan kesemua daunnya.Kemudian batang yang hampir sebesar lengan budak dan agak panjang itu digulung serta diikat agar boleh dimuatkan ke dalam kenderaan.
 Masih berbuah.
Sebahagian akar  terpaksa dipotong.
 

Pohon anggur ini selamat dibawa pulang setelah "dipaksa masuk" ke dalam kereta saya.

Terpaksa pula memikirkan bagaimana untuk membawa pergola ini pulang. Pergola ini telahpun disiapkan oleh Tok Kie Golokkraf khusus untuk saya.

nuffnang