SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Sabtu, 30 Julai 2011

Belimbing Buluh

Belimbing buluh tergolong dalam kumpulan pohon renek.Amat sesuai ditanam di persekitaran rumah sebagai pohon teduh juga sebagai pohon hiasan. Dedaunnya yang kecil mudah untuk diselenggarakan. Buah belimbing ini mungkin banyak mengandungi vitamin C dan sesuai untuk dijadikan jus. Selain itu buah ini juga boleh dijadikan bahan ramuan atau perisa masakan terutama masakan ikan sungai seperti masak lemak cili api dan asam pedas.Buah ini juga dapat dijadikan bahan pencuci untuk menghilangkan hanyir ikan, juga digunakan sebagai peluntur untuk menanggalkan daki atau kotoran pada tangan atau kuku.Buah belimbing buluh juga boleh dijeruk dan boleh juga dijadikan halwa. Sesetengah orang menjadikan belimbing yang telah dijeruk ini sebagai ramuan untuk mamasak "acar" dan tentunya acar tersebut sangat lazat dan lebih ketara kelazatannya tatkala menjelangnya Ramadhan al Mubarak ini.

Belimbing buluh hasil budi bonda kepada tanah di persekitaran rumah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang