SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 13 September 2011

Pokok Randa Atau Asam Randa

Serupa tapi tidak sama.Sekali imbas saling tidak tumpah bunga jenjarum atau ixora.Sesetengah orang memanggilnya bunga pecah periuk.Daunnyapun mirip bunga tersebut tetapi batang pohon ini ditumbuhi duri-duri seperti duri limau.Inilah pokok randa,tumbuhan yang agak unik daripada koleksi ibu saya.














Sabtu, 10 September 2011

Pokok Mata Itik Tumbuhan Ulaman Liar Menjadi Tanaman Hiasan

Mata itik, sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di kawasan belukar kecil dan berpaya dan amat mudah ditemui di kawasan kebun getah satu ketika dahulu kini amat sukar ditemui. Pupus, mungkin disebabkan penggunaan racun rumpai. Tumbuhan ulam-ulaman tradisional ini hampir-hampir menyerupai pokok kacip fatimah dan berlainan sedikit daripada pokok mata ayam.Bahagian pucuknya dimakan bersama-sama sambal belacan atau sambal kelapa.Sesuai juga dijadikan bahan ramuan untuk nasi ulam.
Biji benih yang dihasilkan boleh disemai dan ditanam untuk pokok baru.
Pokok mata itik boleh menjangkau ketinggian hingga 1 meter tinggi berbanding pokok mata ayam yang lebih rendah.Daunnya licin dan lurus dibahagian tepi manakala pokok mata ayam mempunyai tepi daun yang berketak-ketak atau bergerigis.
Bahagian pucuk muda yang boleh dipetik dan dimakan.
Kepada penggemar dan pengumpul koleksi tumbuhan bolehlah mendapatkan benih pokok ini dan pokok-pokok ulaman lain seperti serai kayu,beluntas,mata ayam dan lain-lain di tapak semaian kecil berhampiran pondok penjaga keselamatan TCR atau Trolak Country Resort dan kini dikenali dengan nama Felda Residance Trolak dilaluan lama Ipoh Kuala Lumpur, berhampiran Sungkai, Perak.Harga yang ditawarkan agak murah dan berpatutan.

Isnin, 5 September 2011

Markisa MTAZ

Masih lagi dalam mood Aidil Fitri. Dalam aktiviti ziarah sempena aidil fitri, saya sempat meninjau lokasi dan kediaman rakan-rakan yang menjadikan tanaman pertanian sebagai tanaman hiasan atau teduhan di perkarangan rumah mereka.Berikut saya paparkan sejenis tumbuhan menjalar iaitu markisa.Gambar ini dirakamkan di perkarangan Maahad Tahfiz Azzahrah, Ulu Langat, Selangor.Sangat menarik perhatian dan menyejukkan pandangan. Buah-buah yang hampir matang, menanti saat untuk dipetik.

Markisa tergolong dalam kumpulan tumbuhan menjalar dan dan memanjat.Dikenali juga dengan nama buah susu.Buahnya boleh dimakan mentah atau dibuat jus.Pengalaman saya, pokok markisa adalah tumbuhan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Saya kira proses penanaman pokok ini tidaklah sukar.
Buah yang sesuai dijadikan jus dan minuman yang yang enak.Boleh juga dimakan mentah dengan cara menyedut isinya dari bahagian kulit yang telah dibelah.Rasanya masam-masam manis.Jika kena cara menyedutnya akan menerbitkan rasa dan aroma yang mengasyikkan.
Pohon markisa boleh hidup lama.Jika anda mempunyai sedikit modal, bolehlah membuat pergola kekal (kayu cengal atau merbau) sebagai tempat tumbuhan ini memanjat. Pastinya menarik. Contoh pergola di sini http://agrohias.blogspot.com/2010/05/pergola-golokkraf.html







Gambar:Abu Afaf MTAZ sekutu puakajoran.blogspot.com.

nuffnang