SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Jumaat, 14 Oktober 2011

Limau Bola

Sejenis limau yang saya temui di perkarangan rumah sahabat, Encik Din,Pemandu Felda Gunung Besout. Agak unik limau ini.Dinamakan oleh pemiliknya dengan nama limau bola lantaran bentuk buahnya yang bercorak berjurai-jurai hijau kekuningan.Saiz pokok, buah dan rasanya saling tak tumpah seperti limau kasturi.Hanya warna daun dan buahnya yang berbeza.Menurut Encik Din, tumbuhan ini dipeolehinya ketika melawat pameran ekspo pertanian di UPM beberapa tahun dulu.Ketika ini Encik Din sedang berusaha membiakkan baka limau ini sebagai bahan tukaran dengan sahabat-sahabat yang mempunyai koleksi unik pokok-pokok limau.



4 ulasan:

  1. Bardzo ciekawy post,interesujące zdjęcia nieznanej u nas rośliny.Pozdrawiam Andrzej.

    BalasPadam
  2. Kalau ada masa datang lah pameran ekspo pertanian UPM sepanjang minggu ini. Mana tahu dapat spesis yang baru juga.

    BalasPadam
  3. baru sabtu lepas beli pokok ni di sungai buloh. namanya limau kasturi batik.

    BalasPadam

nuffnang