SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 15 November 2011

Kedondong

Kedondong juga dikenali dengan nama ambra.Pokok kedondong pemberian rakan setugas, puan Nurasyikin isteri kepada Nurafendy Frozen sudah mengeluarkan hasil.Paling menakjubkan seminggu selepas ditanam, pokok ini mula mengeluarkan bunga.Sangkaan saya pokok ini datangnya dari semaian biji benih memandangkan batangnya yang lurus dan tegak tanpa mempunyai ranting.Setelah ditanam saya siram dengan baja siraman padi, baja foliar.Hasilnya dalam tempoh seminggu,kedondong ini mula berbunga.





 Putik buah mula terbentuk.



 Setelah beberapa minggu, saya kira buah ini sudah boleh dimakan.Kebiasaannya buah ini dibuat jeruk.Sesetengah penggemar pula suka memakan mentah dengan dijadikan ramuan rojak buah atau dicecahkan sahaja dengan sedikit garam.Buah ini juga boleh dijadikan menu atau masakan.Buah yang separa masak sesuai dimasak pajeri.Cara membuatnya sama seperti memasak pajeri nanas.Rasa dan aromanya sangat membangkitkan selera.

nuffnang