SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 15 November 2011

Kedondong

Kedondong juga dikenali dengan nama ambra.Pokok kedondong pemberian rakan setugas, puan Nurasyikin isteri kepada Nurafendy Frozen sudah mengeluarkan hasil.Paling menakjubkan seminggu selepas ditanam, pokok ini mula mengeluarkan bunga.Sangkaan saya pokok ini datangnya dari semaian biji benih memandangkan batangnya yang lurus dan tegak tanpa mempunyai ranting.Setelah ditanam saya siram dengan baja siraman padi, baja foliar.Hasilnya dalam tempoh seminggu,kedondong ini mula berbunga.





 Putik buah mula terbentuk.



 Setelah beberapa minggu, saya kira buah ini sudah boleh dimakan.Kebiasaannya buah ini dibuat jeruk.Sesetengah penggemar pula suka memakan mentah dengan dijadikan ramuan rojak buah atau dicecahkan sahaja dengan sedikit garam.Buah ini juga boleh dijadikan menu atau masakan.Buah yang separa masak sesuai dimasak pajeri.Cara membuatnya sama seperti memasak pajeri nanas.Rasa dan aromanya sangat membangkitkan selera.

11 ulasan:

  1. Nie znam tego krzewu i smaku owoców, ale kwitnący jest ładną ozdobą. Pozdrawiam

    BalasPadam
  2. Aduhhh! Sedapnye kedondong! Susah nak carik ni. Jumpe if blk kg. Itu pon tgk musim!

    BalasPadam
  3. Kalau lihat akar, pasti boleh agak pokok ni dari biji atau pun batang.

    Saya tak berapa suka sangat makan kedondong sebab masam. ewww.

    BalasPadam
  4. Saya suka kedondong muda, tapi sayangnya pokok kedondong saya dah mati...

    BalasPadam
  5. Kalau bab tanam bunga, saya taulah sikit. Tapi tanam pokok kedondong ni taklah tau. Cuma tau makan je. Memang sedap hehehe...

    BalasPadam
  6. Assalam...
    sedapnya tengok...tertelan air liur..
    Boleh tak kalau nak tanam dalam pasu je? sebab rumah taman tak ada tanah..
    http://azilas.blogspot.com

    BalasPadam
  7. To pn. Iza...Sayapun tinggal di taman perumahan.Memang pokok tu saya tanam dalam pasu...tapi pembesarannya terganggulah sedikit..mungkin lebih elok jika gunakan pasu besar...

    BalasPadam
  8. to pn. Norgadis Labuan...x ngape...boleh beli baru...sekejap jer tanam boleh berbuah...pokok ni senang hidup. Mahu usia lebih lama tanam jer kat tanah....

    BalasPadam
  9. to Idhamwong...tq atas maklumat...tengok akar kita boleh tahu samaada pokok tu dari biji benih atau keratan batang...

    BalasPadam
  10. Wow, agak hebat kerana mula membuahkan hasil dlm masa singkat. Mungkin baka baik. Dan tanah & baja yg sesuai.

    BalasPadam

nuffnang