Pastinya
tidak asing lagi bagi kebanyakan masyarakat Asia.Sinonim dengan masakan
tom yam .Daun limau purut adalah salah satu bahan utama untuk
menerbitkan aroma bagi masakan tersebut. Daun limau ini juga digunakan
sebagai bahan penambah aroma bagi masakan lain antaranya rendang dan
asam pedas. Buahnya pula digunakan dengan meluas oleh orang-orang Melayu
sebagai salah satu bahan perubatan tradisional.Pada masa lampau,limau
purut beserta "sintuk" digunakan sebagai campuran bahan mandian bagi
perempuan yang lepas pantang. Mungkin dianggap sebagai "body shampoo"
pada masa itu. Saya tidak pasti sama ada perahan limau ini boleh
digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Limau purut yang saya
paparkan ini adalah dari jenis yang kecil buahnya. Setahu saya terdapat
dua jenis limau purut, iaitu jenis besar dan kecil buahnya. Dikatakan
daun limau purut jenis kecil ini mengeluarkan aroma lebih kuat.Rasanya
pula lebih baik berbanding limau purut jenis besar yang agak pahit.