SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Ahad, 6 Julai 2014

Kurma Akan Diperkenalkan Sebagai Tanaman Sumber Ekonomi Baharu Di Kelantan?


Selawat suburkan pokok kurma Kelantan


SAAT laungan azan Maghrib berkumandang dari surau berdekatan menandakan masuk waktu berbuka puasa, Mamat Abdul Rahman segera menjamah buah kurma yang dihidangkan isterinya.

Sama seperti umat Islam lain, lelaki berumur 76 tahun itu memilih buah kurma sebagai sajian utama ketika iftar bagi mengalas perut sebelum menjamah hidangan lain.

Menariknya, buah itu dituai daripada pokok kurma yang ditanam sendiri di rumahnya di Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Mamat, beliau tidak menyangka pokok kurma yang ditanamnya kira-kira lapan tahun lalu itu berbuah lebat menjelang Ramadan kali ini.

Katanya, beliau begitu teruja melihat pohon tamar tersebut berbuah lebat memandangkan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Anak pokok tersebut dibeli oleh anak saya di Gua Musang dengan harga RM25. Masa mula-mula tanam, saya tidak yakin pokok itu boleh berbuah di Malaysia.

“Tiga tahun kebelakangan ini, pokok tersebut sudah berbuah tetapi kurang lebat. Buahnya pula kecil selain mempunyai rasa kelat. Kali ini, boleh dikatakan hampir semua tandannya berbuah lebat dan boleh dimakan,” ujarnya ketika ditemui kru Jurnal di rumahnya baru-baru ini.

Selain kediaman warga emas itu, beberapa batang pokok kurma yang ditanam di kawasan Bulatan Tuan Padang atau Bulatan Jam Besar di Kota Bharu turut mengeluarkan buah yang lebat sehingga mencuri tumpuan orang ramai.

POKOK kurma yang Mamat tanam di rumahnya di Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan mengeluarkan buah yang lebat.

Mercu tanda
 Kurma Kelantan kota Bharu 27 Jun 2014 Samsuddin Mamat memetik buah kurma yang masak di kampung Tapang di sini hari ini Gambar Rosni Masri pemberita AYU KL (Kosmo)

Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin, pokok kurma yang ditanam sekitar Disember 2008 itu bertujuan menaik taraf landskap pusat bandar tersebut.

Tambah Rosnazli, pihaknya menanam sebanyak 37 batang pokok kurma dan 10 daripadanya berbuah tahun ini.

“Pokok ini sebenarnya mengeluarkan buah sejak tahun lepas, namun tidaklah sebanyak seperti tahun ini,” ujarnya.

Gara-gara fenomena baharu yang melanda negeri Serambi Mekah itu, ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan pokok kurma tersebut.

Manakan tidak, tanaman itu lazimnya dikaitkan dengan negara beriklim panas dan kering di Asia Barat seperti Arab Saudi, Mesir, Turki, Iran dan Iraq.

Menyedari potensi kurma sebagai tanaman komersial, kerajaan negeri Kelantan berhasrat memperkenalkan pokok tersebut sebagai sumber ekonomi baharu bagi petani di negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia akan menjadi tanaman baharu yang bakal menyumbang kepada pendapatan petani.

Menurutnya, projek perintis tanaman berkenaan telah diusahakan di tanah seluas 8,000 meter persegi di Limbongan, Pasir Puteh sejak tiga tahun lalu dan kini mula mengeluarkan hasil.

RASA kurma yang manis sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut.

“Benih anak pokok diambil dari Thailand. Saya yakin apabila pokok kurma itu mula berbuah, ia akan semakin mudah mengeluarkan hasil selepas ini,” katanya.

Bagi pengusaha tapak semaian pokok kurma di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, Perak, Mohd. Syful Rizan Abd. Manap, pokok kurma mampu tumbuh subur dalam apa jua keadaan tanah melainkan tanah liat.

Beliau yang menjalankan tanaman kurma sejak tujuh tahun lalu itu berpendapat, cuaca panas dengan taburan hujan sederhana menjadikan iklim negara ini sesuai untuk tumbuhan oasis itu.

Cerita Mohd. Syful, beliau menjalankan usaha penanaman pokok kurma menerusi pelbagai teknik percambahan biji kurma bagi mendapatkan benih yang sesuai.

“Melalui pelbagai eksperimen yang dilakukan, saya akhirnya berjaya mencambahkan biji kurma dengan campuran kandungan tanah merah, tanah gambut dan pasir selain menggunakan baja organik,” katanya.

Bertutur lanjut, Mohd. Syful memberitahu, pokok kurma tidak berbuah jika ditanam secara bersendirian dan perlu ditanam secara berkelompok memandangkan tanaman itu terdiri daripada pokok jantan dan betina.

“Bunga daripada pokok berlainan jantina ini akan mengeluarkan debunga yang berbeza apabila mencapai umur antara dua hingga tiga tahun.

Pendebungaan

Menariknya, kata jejaka berumur 32 tahun itu, untuk menghasilkan buah kurma yang berkualiti, ia mesti ‘disenyawakan’ oleh tangan manusia dan bukannya menerusi agen pendebungaan lain seperti angin dan haiwan.

Katanya, seorang petugas perlu memanjat pokok kurma betina dan ‘mengahwinkan’ debunga pokok itu dengan debunga jantan menerusi teknik sapuan tangan.

BUAH tamar memberi kelainan kepada rasa minuman.

“Tandan bunga betina akan ditepuk-tepuk dan disapu dengan beberapa ranting bunga jantan. Menerusi cara ini, debunga betina akan disenyawakan secara semula jadi.

“Tidak banyak debunga jantan yang diperlukan untuk proses persenyawaan.

“Malah, bunganya boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang kali selagi debunganya masih ada,” jelasnya sambil menjelaskan, debunga pada satu dahan pohon kurma jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan kepada lebih 50 batang pokok kurma betina.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bunga jantan mengeluarkan debunga yang lebih halus berbanding betina.

Pohon tamar jantan lebih tinggi dan berdaun keras berbanding pohon betina yang lebih rendah dan mempunyai daun yang merendang ke tanah.

“Dari segi bunga pula, pokok jantan menghasilkan bunga yang lebih mekar seperti rupa bunga kelapa dengan bau seakan-akan air mani manakala bunga betina hanya mengeluarkan putik-putik kecil,” ulasnya.

Mempunyai jangka hayat sehingga 90 tahun, pokok kurma boleh berbuah selepas lima hingga tujuh tahun dialih tanam daripada beg poli ke tanah lapang.

“Saya lazimnya akan menggunakan kaedah berkomunikasi dengan pokok selain kerap berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW bagi memastikan pokok bertambah subur.

Baca lanjut di Kosmo Online

Sabtu, 21 Jun 2014

MAHA 2014 sasar RM20 juta jualan, lima juta pengunjung

21/06/2014

MELAKA - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 yang akan diadakan November ini menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta dan lima juta pengunjung, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pameran dwitahunan yang berlangsung selama 11 hari bermula 20 November di Serdang, Selangor itu juga memberikan peluang kepada usahawan pertanian dan industri asas tani di negara ini menjual produk mereka dalam pasaran yang lebih luas.

"MAHA 2012 jualan kita capai RM10 juta dengan pengunjung 3.3 juta, jadi bila tahun ini sasaran kita letak lebih besar.

"Selain itu kita juga mengaturkan padanan perniagaan buat usahawan pertanian dan industri asas tani bukan sahaja dengan peniaga dalam negara malah dari luar negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pertanian dan Keusahawanan Sempena Road To Maha, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Serta Minggu PKS Peringkat Negeri Melaka 2014 yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - Bernama

Isnin, 16 Jun 2014

10 Pokok Kurma Hiasan Berbuah

Bulatan Jam Besar kini menjadi tumpuan ramai selepas 10 daripada 37
batang pokok kurma ditanam di kawasan itu berbuah lebat.
 
OLEH:SAPINAH AB GHANI

KOTA BHARU - “Satu keajaiban." Itu kata-kata pertama seorang pengunjung, Wan Mohd Zamanhuri Wan Mansor, 40, sebaik diajukan kewujudan beberapa pokok kurma yang kini lebat berbuah di Bulatan Jam Besar, di sini.

Menurutnya, dia mengetahui pokok kurma itu dalam laman sosial Facebook, membawa isteri dan anak-anak melihat sendiri tanaman padang pasir yang hidup subur di Kelantan kini.

“Agak mengejutkan kerana umum mengetahui tanaman ini hanya terdapat di negara Arab, namun kini ia subur di Kelantan, malah mengeluarkan buah yang begitu lebat, ajaib,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekitar kawasan berkenaan di sini, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Siti Nor Amirah Zulkifle, 22, turut mengakui terkejut apabila mengetahui pokok kurma yang berbuat lebat itu berada kurang 500 meter dari tempat pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kota Bharu.

“Ini kali pertama saya lihat buah kurma segar terus dari pokok, walaupun agak terkejut dengan maklumat yang tersebar di laman sosial Facebook, namun saya percaya tidak ada yang mustahil ketika ini, seperti mana musim bunga yang berlaku di Kedah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, kewujudan 37 pokok kurma yang ditanam Unit Landskap MPKB-BRI itu bertujuan mengindahkan bandar ini selari dengan gelaran bandar raya Islam.

Menurutnya, pokok kurma di Bulatan Jam Besar itu mula berbuah tahun lalu, namun baru kali ini buahnya agak lebat dan menarik perhatian ramai.

“Setakat ini, 10 daripadanya sudah berbuah dan dijangka masak serta boleh dipetik penghujung Ramadan ini,” katanya.

Rosnazli berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat pokok dan buah kurma berkenaan, malah tidak menghalang mereka menikmati buah yang gugur, sebaliknya melarang daripada memetik.

“Kita mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan pokok ini kekal terjaga,” katanya - SINAR.

Isnin, 9 Jun 2014

6 Jenis Tanaman Yang Mirip Alat Vital/kelamin Manusia

Tentunya, setiap orang pernah mengalami fenomena psikologi yang mengibaratkan suatu benda kelihatan seperti objek lain. fenomena psikologi tersebut juga muncul di dunia tumbuh-tumbuhan.

Dalam Wikipedia, maksud pareidolia adalah fenomena psikologi yang mengikutsertakan stimulus samar dan rawak yang akhirnya ditafsirkan sendiri oleh orang yang melihat atau mendengarnya.

Banyak kes paredolia yang cukup terkenal dan menghebohkan dunia, contohnya saja penglihatan muka di planet Marikh. Di dalam dunia tumbuh-tumbuhan juga ada beberapa bentuk dari bunga, buah atau juga bahagian dari tumbuhan yang ternyata boleh disalah tafsir kerana serupa dengan organ-organ vital lelaki dan wanita.

Memang akan ada perdebatan yang mengatakan bahawa bentuk-bentuk tumbuhan tersebut tidak serupa, namun ada pula yang akan mengatakan bahawa memang ada persamaan dari segi bentuknya secara sekilas. Berikut bentuk-bentuk tumbuhan yang mirip organ intim manusia.

1.  Echinopsis lageniformis monstrose


Dalam keluarga kaktus ada satu jenis yang memiliki bentuk unik karena tidak banyak memiliki duri di sekujur tubuhnya seperti halnya yang ditemui pada tumbuhan kaktus pada umumnya. Karena bentuknya yang hampir 'mulus' itu disertai dengan sedikit cekungan di bagian atas, tidak sedikit orang menyebut kaktus jenis ini adalah kaktus penis.

2. Hydnora Africana

Bunga yang termasuk parasit ini selain dikenal karena baunya yang busuk juga karena bentuknya apabila masih dalam keadaan menguncup akan terlihat seperti vagina. Bunga ini mengeluarkan bau-bauan yang busuk itu berfungsi sebagai penarik perhatian serangga-serangga khusus untuk masuk ke dalam celah yang terbuka selama 3 hari tersebut.

3. Poppy


Dari namanya memang terkesan, tanaman ini lebih terkesan feminin. Namun, tanaman yang memiliki bentuk mirip dengan kemaluan wanita ini ternyata masuk dalam kategori tumbuhan karnivora. Tanaman yang dijuluki dengan nama Poppy ini terdapat beberapa macam warna, bentuk dan ukuran, namun kesemuanya memang mirip dengan vagina wanita.

4. Myrtillocactus geometrizans 


Myrtillocactus geometrizans adalah salah satu dari beragam jenis kaktus di dunia ini. Tanaman ini tergolong langka dan menjadi incaran para kolektor saja. Yang menjadikan Myrtillocactus geometrizans dikatakan memunculkan sisi pareidolia dengan sisi organ manusia adalah benjolan di sekeliling tubuhnya apabila dilihat dan diimajinasikan mirip dengan payudara. Oleh karenanya, nama vernacular Inggris untuk tanaman ini adalah Breast Cactus atau Titty Cactus.

5. Loofah


Mungkin banyak yang mengatakan bahwa Myrtillocactus geometrizans tidak mirip dengan payudara, namun bagaimana dengan buah unik dari Vietnam ini? Sebuah buah dari Vietnam bernama Loofah ini sangat unik dari segi bentuknya karena dilihat dari bentuknya sangat mirip dengan payudara wanita disertai dengan puting di bagian tengahnya.

6. Psilocybe cubensis


Psilocybe cubensis adalah salah satu jenis dari jamur yang memiliki senyawa aktif psilocybin dan psilocin. Namun ada salah satu bagian dari keluarga Psilocybe cubensis ini yang sering digunakan sebagai bahan untuk mabuk, nama kerennya adalah Penis Envy.

Memang tidak diketahui kenapa dan siapa yang menyebut tanaman ini dengan nama berawalan penis. Namun pada saat dewasa, ujung dari jamur ini justru menyerupai kepala penis ditambah lagi dengan batangnya yang tidak kurus melainkan besar.

Pertanian bandar

Contoh sistem penanaman tegak (vertikal) yang boleh digunakan bagi menggalakkan penduduk bandar bercucuk tanam. - Gambar hiasan

Bidang pertanian masa kini tidak lagi tertakluk dengan konsep ruang tanah yang luas, modal yang tinggi, kotor serta tidak menjamin masa hadapan.

Malah, bidang tersebut mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Pertanian Adalah Perniagaan merupakan antara kempen yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Semakin ramai yang berminat untuk menceburkan diri, terutamanya golongan muda yang suatu ketika dahulu menganggap kerjaya sebagai petani itu tidak mempunyai masa depan cerah.

Kini, fenomena bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat kembali dipopularkan namun bukan di kawasan kampung, sebaliknya di kawasan bandar yang tanahnya terhad, warganya sentiasa sibuk bergerak pantas mengejar tugasan serta tuntutan kerjaya.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Tengku Ab. Malik Tengku Maamun, kadar urbanisasi negara dianggarkan sekitar 2.4 peratus setahun dan hampir 72 peratus rakyat Malaysia tertumpu di 20 bandar utama.

Ujarnya, menerusi kajian, dianggarkan pada tahun 2020, sekitar 40 hingga 45 peratus rakyat miskin akan tertumpu di bandar dan kota raya utama negara.

“Penduduk bandar bakal terbeban dengan kadar harga makanan yang sentiasa meningkat dan dianggarakan penduduk bandar pada ketika itu perlu membelanjakan sejumlah 50 hingga 70 peratus daripada pendapatan mereka untuk mendapatkan makanan.

“Bagi mengatasi masalah yang lebih buruk di masa hadapan, pertanian bandar merupakan antara solusi terbaik buat masa kini bagi mengurangkan kos perbelanjaan dapur selain menambah pendapatan jika produk pertanian yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan baik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Tambah Tengku Ab. Malik, pertanian bandar sebenarnya telah lama diamalkan di negara-negara maju dan kaji selidik mendapati hampir 14 peratus penduduk di kota London menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di halaman rumah mereka.

Menerusi amalan tersebut, penduduk kota London mampu menghasilkan 232 tan buah-buahan dan sayur-sayuran menyamai 18 peratus keperluan penduduknya.

“Perkara yang sama boleh diaplikasikan di negara ini jika masyarakat kita diberi pendedahan, sedikit ilmu, usaha dan minat untuk memastikan amalan yang sama dapat kita laksanakan bagi menjamin bekalan makanan yang stabil di masa-masa akan datang," katanya.

Pertanian bandar boleh didefinasikan sebagai penanaman, pemprosesan dan pengagihan makanan dan produk makanan menerusi penanaman intensif dan ternakan terpilih di bandar.

Di antara kelebihan pertanian bandar adalah membekalkan sebahagian daripada makanan kepada penduduknya yang kian bertambah dan amalan tersebut juga dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka menerusi pelbagai sumber pendapatan.

Jelas Tengku Ab. Malik lagi, sistem pertanian bandar yang kompleks merangkumi sudut pengeluaran, pemprosesan, pemasaran, pengagihan dan penggunaan dengan pelbagai manfaat sampingan bukan sahaja membuka peluang pekerjaan daripada rantaian aktiviti, bahkan mampu melahirkan usahawan tani moden di bandar.

Malah, penglibatan komuniti dalam amalan tersebut dapat meningkatkan kemahiran perancangan projek, pengurusan projek, teknik pertanian serta persekitaran dan kemahiran perniagaan.

Pada masa yang sama, amalan pertanian bandar berasaskan penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan intergrasi sosial dan kesejahteraan kejiranan.

Oleh yang demikian, bagi menyokong amalan pertanian bandar tersebut, MARDI sebagai pusat penyelidikan pertanian utama di Malaysia telah membangunkan beberapa teknologi yang sesuai dengan situasi bandar sekarang.

Antara apsek yang diambil kira dalam menghasilkan teknologi khas buah penduduk bandar adalah ruang tanaman yang terhad serta penghuni yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian.

Teknologi yang dihasilkan oleh MARDI berkonsepkan teknologi moden dengan pengeluaran yang itensif dan efisien menerusi kaedah penjimatan air dan kurang menggunakan bahan kimia.

Untuk penggunaan ruang secara maksimum, sistem tanaman bertingkat merupakan antara pilihan teknologi yang sedang dibangunkan.

“Di samping menggunakan teknologi termoden, kualiti sayur-sayuran dan buah-buahan keluaran pertanian bandar juga perlu dipelihara dengan mengamalkan pertanian tanpa sisa racun atau sisa racun yang rendah.

“Oleh kerana penduduk kota sangat sibuk, tenologi yang disyorkan mestilah mudah, tidak memerlukan kemahiran yang spesifik atau hanya memerlukan kemahiran yang mudah untuk dipelajari," katanya.

Sebagai contoh teknologi yang sesuai adalah teknik pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih di bawah struktur pelindung hujan dengan teknik fertigasi.

Teknologi fertigasi yang dihasilkan MARDI adalah seperti Ferikit yang merupakan sistem fertigasi mini, mudah alih dan bertingkat sesuai dengan kawasan perumahan yang memiliki kawasan terhad seperti rumah pangsa dan kondominium.

Plant factory atau kilang tanaman adalah generasi ke empat dalam proses pengeluaran tanaman dan kini konsep tersebut merupakan teknologi terkini dalam amalan pertanian bandar.

Kilang tanaman merupakan teknologi hidroponik (yang pernah dipopularkan dahulu) dan aeroponik menggunakan cahaya tiruan dalam persekitaran yang terkawal bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi tanpa penggunaan racun perosak.

Sistem hidroponik bertingkat dengan penggunaan NFT (nutrient film technique) atau DFT (deep flow technique) merupakan teknologi yang boleh diaplikasi untuk pertanian bandar sama ada secara individu mahupun komuniti.

Antara sayuran yang sesuai untuk teknik tersebut adalah jenis sayurn berdaun seperti salad, sawi, kailan dan ulam-ulaman tradisional.

MARDI menerusi teknik NFT juga berjaya membangunkan satu lagi sistem baharu yang dikenali sebagai Vertigrow iaitu sebuah sistem tanaman secara vertikal.

Bagaimanapun amalan pertanian bandar di negara ini masih baharu dan dijangkakan pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi contohnya hak milik tanah yang akan dibangunkan dan pembiayaan kos terlibat kerana penggunaan teknologi yang memerlukan kos pembangunan seperti infrastruktur, pembelian bahan seperti Greenkit, sistem fertigasi dan sebagainya.

Sehubungan itu satu seminar berkaitan pertanian bandar akan diadakan bagi memberi membincangkan isu-isu berkaitan teknologi terbabit.- Agro Utusan.

Selasa, 25 Februari 2014

LAMA TIDAK BERJUMPA - CENDERAWASIH - Sawah 2.0 / 2013



Segar nyaman bening luhur
Tanah airku yang makmur
terbentang luas permatang sawah
Seakan lukisan yang terindah

Desa suci tempat lahir
Sungainya jernih mengalir
Beburung terbang berkicau riang
Seperti memanggil aku pulang

Sudah lama kumenetap
Tengah kota yang membangun
Kurindukan gunung latar
Dusun hijau merimbun

Kawan-kawan waktu kecil
Apa khabar semuanya
Mana yang nakal mana yang degil
Lama tidak kita berjumpa.

 Pemandangan sawahku ketika padi menguning, biarpun keluasannya tidak seberapa namun memberi sedikit impak pada minda dan sedikit kerinduan terubat pada nostalgia yang telah beransur luput.



















DENDANG ANAK TANI – A. RAMLI

Aku anak tani
Berdendang di senja sunyi
Hidup sebatang kara
Merintih di awan merah

Kudendangkan ini lagu
Dengan irama mendayu
Mengenang ayah dan  ibu
Yang jauh tinggalkan daku

Chorus

Oh angin dengarlah rintihanku
Sampaikan pada ayah dan ibu
Hidupku kini…..
Petani…… di lembah sawah nan sunyi

Rumpun padiku indah
Menghibur hatiku yang gundah
Bergoyang menari-nari

Menghibur di kala sunyi…

Pemandangan sawahku ketika padi menguning, biarlah keluasannya tidak seberapa namun memberi sedikit impak pada minda dan sedikit kerinduan terubat pada nostalgia yang telah beransur luput.















Isnin, 17 Februari 2014

Lebih 10 Tahun, Akhirnya Berbuah Juga

Mula ditanam setelah beberapa tahun usia perkahwinan saya. Lokasinya berhampiran rumah keluarga. Satu daripada 5 pokok yang agak tinggi. Yang lainnya agak bantut lantaran bentuk muka buminya yang berbatu. 

Pada awalnya saya menyangka pokok dokong. Saya beli benihnya daripada seorang pembekal dari salah sebuah negeri di Pantai Timur dengan harga RM 10 untuk 3 pokok. 

Mendapat hukuman "tebang" daripada ayah kerana sudah lebih 10 tahun tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berbuah. Mohon tangguhkan hukuman dengan tempoh 3 bulan. 

Setelah dicurahkan sejenis tonik, pada bulan kedua saya lihat beberapa tunas bunga mula terbit. Kemudian diikuti beberata tunas bunga lagi dan banyak lagi selepas itu.

Inilah hasilnya, dan terbebaslah dari hukuman "tebang" yang dijatuhkan oleh ayah.....Sayangnya, bukan dokong!







nuffnang