SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 25 Februari 2014

LAMA TIDAK BERJUMPA - CENDERAWASIH - Sawah 2.0 / 2013



Segar nyaman bening luhur
Tanah airku yang makmur
terbentang luas permatang sawah
Seakan lukisan yang terindah

Desa suci tempat lahir
Sungainya jernih mengalir
Beburung terbang berkicau riang
Seperti memanggil aku pulang

Sudah lama kumenetap
Tengah kota yang membangun
Kurindukan gunung latar
Dusun hijau merimbun

Kawan-kawan waktu kecil
Apa khabar semuanya
Mana yang nakal mana yang degil
Lama tidak kita berjumpa.

 Pemandangan sawahku ketika padi menguning, biarpun keluasannya tidak seberapa namun memberi sedikit impak pada minda dan sedikit kerinduan terubat pada nostalgia yang telah beransur luput.



















DENDANG ANAK TANI – A. RAMLI

Aku anak tani
Berdendang di senja sunyi
Hidup sebatang kara
Merintih di awan merah

Kudendangkan ini lagu
Dengan irama mendayu
Mengenang ayah dan  ibu
Yang jauh tinggalkan daku

Chorus

Oh angin dengarlah rintihanku
Sampaikan pada ayah dan ibu
Hidupku kini…..
Petani…… di lembah sawah nan sunyi

Rumpun padiku indah
Menghibur hatiku yang gundah
Bergoyang menari-nari

Menghibur di kala sunyi…

Pemandangan sawahku ketika padi menguning, biarlah keluasannya tidak seberapa namun memberi sedikit impak pada minda dan sedikit kerinduan terubat pada nostalgia yang telah beransur luput.















Isnin, 17 Februari 2014

Lebih 10 Tahun, Akhirnya Berbuah Juga

Mula ditanam setelah beberapa tahun usia perkahwinan saya. Lokasinya berhampiran rumah keluarga. Satu daripada 5 pokok yang agak tinggi. Yang lainnya agak bantut lantaran bentuk muka buminya yang berbatu. 

Pada awalnya saya menyangka pokok dokong. Saya beli benihnya daripada seorang pembekal dari salah sebuah negeri di Pantai Timur dengan harga RM 10 untuk 3 pokok. 

Mendapat hukuman "tebang" daripada ayah kerana sudah lebih 10 tahun tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berbuah. Mohon tangguhkan hukuman dengan tempoh 3 bulan. 

Setelah dicurahkan sejenis tonik, pada bulan kedua saya lihat beberapa tunas bunga mula terbit. Kemudian diikuti beberata tunas bunga lagi dan banyak lagi selepas itu.

Inilah hasilnya, dan terbebaslah dari hukuman "tebang" yang dijatuhkan oleh ayah.....Sayangnya, bukan dokong!







nuffnang