Beberapa minggu lalu ketika transit di rumah sahabat untuk aktiviti rutin menjoran, kediaman cikgu Nizam, di Bandar Baharu, Kedah saya terpandang anak-anak pokok tin yang berbaris menjajari tepian pagar salah seorang penduduk taman perumahan di situ.
Betul-betul di hadapan rumah cikgu Nizam. Saya amat teruja lantas bertanyakan siapa gerangan pemiliknya.
Semalam saya mendapat jawapannya, disertakan dengan sedikit info dan foto tentang tanaman yang diusahakan pemilik rumah tersebut.
Pohon tin yang ditanam secara terbuka dan bermediumkan pasu plastik sederhana tanpa pelindung panas.
Ini wajah pengusaha tanaman tersebut, saudara Azli Hamid yang tinggal di Taman Sri Delima, Bandar Baharu, Kedah. Setakat ini terdapat lebih kurang 20 spesis pokok tin yang dibiakkannnya secara keratan batang dan tut.
Anak-anak benih dari keratan batang dan pokok tut yang baharu dialihkan ke dalam bekas semaian.
Anak-anak benih yang mulai pulih telah dialihkan ke dalam pasu.
Pokok-pokok yang telah matang dan menghasilkan buah disusun rapi di sekekitar ruangan tepian rumah yang terhad.
Untuk memastikan tumbuhan ini tumbuh dengan baik, saudara Azli menggunakan campuran tanah yang tidak menyimpan terlalu banyak kandungan air.
Beliau juga menggunakan serpihan kulit telur yang dihancurkan untuk mengelakkan serangan sesetengah serangga.
Tanaman tin yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak empat tahun belakangan ini juga menarik minat sahabat saya, cikgu Nizam untuk mencuba tanaman ini di kediamannya.
Gambar bawah ialah pokok tin yang baru dibeli daripada Saudara Azli.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan anak benih pokok ini, bolehlah berkunjung ke kediaman Saudara Azli di Taman Sri Delima, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Rakan-rakan agro yang tinggal sekitar Slim River boleh juga memesan melalui saya jika kebetulan jadual atau trip menjoran saya yang berlangsung di sebelah utara.
Harga yang ditawarkan agak berpatutan dan bergantung kepada saiz dan jenis pokok. Sehingga catatan ini dibuat harga yang dimaklumkan kepada saya bermula dengan RM 100 untuk setiap anak pokok.- Tokanpuakajoran. - Gambar-gambar sumbangan cikgu Nizampuakajoran.
memang sekarang pokok tin tengah top ya..saya bilalah dapat nak membelinya sepokok. Teringin juga..
BalasPadamYa...kulit telur yang dutabur juga boleh elak siput...
BalasPadam