SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Jumaat, 28 Jun 2019

Buah Rokam

Sejenis buah hutan yang agak sukar ditemui. Menjadi santapan zaman kanak-kanak.

Buah matang merah kehitam-hitaman. Rasanya masam kelat.

Lakasi pokok Felda Gunung Besout 3.


Pokok Palas Daun Ketupat

Pokok palas sejenis tumbuhan hutan yang kini boleh ditanam dan dikomesilkan selain sebagai tumbuhan hiasan halaman.

Pucuk atau daun palas merupakan salah satu tumbuhan penting dalam penyediaan masakan tradisi Melayu. Makanan yang sinonim dengan daun ini ialah ketupat pulut. 

Menjelang hari lebaran kebanyakan masyarat melayu berasa tidak lengkap tanpa menyediakan ketupat sebagai juadah.

Kepada peminat tumbuhan ini, anda boleh berhubung dengan admin (WhatsApps 01157672521) untuk mendapatkan bekalan pucuk atau daun palas untuk penyediaan ketupat.

Peminat yang tinggal sekitar Sungkai dan Slim River juga boleh mendapatkan anak benih pokok palas (tempahan) dengan harga yang berpatutan. 

Terdapat kira-kira 1000 pohon ini ditanam oleh pengusahanya secara integrasi dengan tumbuhan lain untuk bekalan tempatan sebagai memenuhi permintaan menjelang hari lebaran.

Pengusaha tanaman palas ini mengalu-alukan pelanggan atau peniaga makanan ketupat yang berminat  untuk mendapatkan bekalan daun ini walaupun di luar musim perayaan.




nuffnang