SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Isnin, 14 Disember 2009

Kesum

Kehidupan sebagai orang kampung akan terasa selesa jika sebahagian keperluan atau ramuan masakan boleh didapati dengan segera dan mudah di persekitaran rumah kita. Daun kesum amat berguna dan melengkapkan citarasa selera masakan kampung. Daun ini biasanya digunakan sebagai ramuan dalam masakan asam pedas dan kuah laksa.

Sabtu, 12 Disember 2009

Tongkat Ali

Pokok tongkat ali ini saya perolehi semasa malakukan aktiviti berburu di hutan sekitar tempat tinggal saya. Pada waktu malam pokok ini mudah kelihatan dan mudah dikesan melalui suluhan lampu picit. Pada asalnya saya memiliki 3 pasu pakok ini namun 2 darinya telah mati akibat akarnya tidak dapat bergerak bebas. Mungkin disebabkan pasu yang saya gunakan agak kecil. Tidak sukar untuk menanam pokok ini, cabut dari habitat asalnya dan terus ditanam ke dalam pasu. Pokok ini juga boleh di tanam dengan menggunakan biji benih.

Daun Kari

Sabtu, 28 November 2009

Ulam Raja

Boleh ditanam di dalam pasu atau dicambahkan di sekitar pagar. Pucuknya sangat enak dimakan bersama sambal belacan, sambal nyiur dan boleh dibuat kerabu. Boleh dimakan mentah atau direbus.

Isnin, 23 November 2009

Terung Bulat

Ini adalah gambar pokok terung bulat yang saya tanam kira-kira sebulan lepas bagi menggantikan pokok cili dan bendi yang telah habis jangka hayatnya. Saya jangkakan terung-terung ini akan mengeluarkan hasil tidak berapa lama lagi.



Selasa, 20 Oktober 2009

Durian Kura

Durian merupakan raja segala buah bagi sebahagian besar masyarakat di Nusantara. Saya amat tertarik dengan gambar pohon durian yang dikirimkan oleh Afiqhamran@yahoo.com ini.Agak aneh...durian berbuah di batang dan pangkal pokok. Sesiapa yang ada maklumat dan pernah menyaksikan sendiri bolehlah berkongsi maklumat dengan saya di email budroul@hotmail.com, budroul@yahoo.com atau budroul@gmail.com.
















rose


nuffnang