SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 24 Mei 2011

Mahkota Dewa

Pokok ini saya temui di perkarangan rumah Cikgu Mie (sahabat Puakajoran) di Yan Kedah. Menurut Cikgu Mie pokok ini mengandungi pelbagai khasiat. Hasil carian internet, Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) amat terkenal sebagai salah satu tanaman herba dan ubatan tradisional di Indonesia.Pohon ini dikatakan berasal dari Pulau Papua atau Irian Jaya. Buah mahkota dewa mengandung beberapa bahan aktif seperti Alkoid, bahan yang dapat menyahkan toksik dan racun dari badan.Saponin, sebagai sumber anti bakteria dan anti virus,meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan tenaga batin,mengurangi kadar gula dalam darah dan mengurangi penggumpalan  darah. Flavanoid pula dikatakan mampu melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah mengurangi kadar resiko penyakit jantung koroner.Antiinflamasi (antiradang) berfungsi sebagai anti-oksidan membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan. Polifenol berfungsi sebagai anti histamin (alergi ). Buah ini juga dikatakan mampu dijadikan penawar penyakit kanser.


Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman hiasan atau teduhan. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi dan boleh mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna hijau ketika muda dan kemerah-merahan ketika masak. Buahnya terbit dari batang utama hinggalah ke ranting. Secara tradisi buah ini disiat kulitnya, kemudian dikeringkan. Hasil siatan kulit yang telah kering dicampur dengan air panas untuk diminum (seperti teh).

Selasa, 17 Mei 2011

Nangka

Nangka termasuk ke dalam kumpulan Moraceae; nama saintifiknya adalah Artocarpus heterophyllus. Dalam bahasa Inggeris nangka dikenali sebagai jackfruit. Selain dimakan apabila masak,buah nangka muda amat enak jika dibuat sayur. Antara masakan yang selalu dibuat oleh penggemar sayur nangka ialah masak lemak cili api, campuran masakan kari daging atau ayam, kerabu dan sedap juga jika direbus dan dicicah sambal belacan. Nangka yang saya paparkan ini hanya sesuai dibuat sayur. Ulasnya yang banyak dan kecil dan rasanya sedikit tawar apabila masak menjadikan nangka yang ditanam di hadapan rumah sewaan saya ini sesuai untuk dibuat sayur. Ketika ini nangka ini sedang berbuah dan telah mendapat tempahan daripada beberapa orang jiran untuk dijadikan hidangan kenduri perkahwinan anak mereka yang akan berlangsung pada cuti sekolah bulan Mei/Jun nanti.

nuffnang