Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Selasa, 8 Jun 2010

Jagung Taiwan

Ini kali ketiga saya menanam jagung di perkarangan rumah. Percubaan kali pertama dahulu membuahkan hasil yang agak memuaskan. Percubaan kali kedua gagal disebabkan cuaca panas yang berpanjangan dan membantutkan pertumbuhan pokok. Hasilnya tidak menjadi. Kali ini nampak pertumbuhan pokok agak sihat. Ketika ini, usia anak-anak jagung saya sekitar 3 minggu.

Kangkung

Nampak sedikit subur, setelah disirami hujan dan dibajai.

Cili Api

Percubaan yang entah keberapa kalinya. Kerap diancam serangga perosak menyebabkan daunnya menjadi rosak dan pertumbuhannya terbantut. Kini cili api saya sudah berbuah dan "musuh" utamanya ialah dua orang anak lelaki saya yang kerap memetik daun dan buahnya.

Senarai Blog Pilihan