Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Selasa, 5 April 2011

Delima

Delima atau nama saintifiknya punica granatum sangat sesuai ditanam sekitar rumah sebagai pohon hiasan. Pokoknya yang tidak begitu besar saya kira boleh ditanam berhampiran rumah dan kurang memberi ancaman kepada rumah berbanding pohon lain seperti mempelam atau ciku. Delima dikatakan berasal dari negara Iran dan negara-negara arab lain. Istimewanya buah ini kerana telah disebut beberapa kali di dalam kitab al Quran. Dipercayai buah delima mengandungi khasiat tersendiri. Semasa kecil, saya pernah menyaksikan ibu  menggunakan kulit buah delima yang diasah dengan air pada bontot pasu . Hasil asahan tersebut kemudiannya disapukan pada perut adik untuk mengubati penyakit cirit birit. Saya tidak pasti bagaimana larutan kulit delima bercampur air itu mampu menyembuhkan sakit perut. Mungkin hanya sekadar petua dan  berkat keyakinan atau kepercaan orang dulu-dulu mengatasi logik perubatan moden pada ketika itu. Apapun saya amat menggemari buah ini dan berminat untuk menanam tumbuhan ini. Tambahan pula daunnya yang kecil tidak terlalu menyemakkan halaman rumah. Pohon ini juga sesuai ditanam di dalam pasu.

Senarai Blog Pilihan