Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Ahad, 31 Julai 2011

Limau Jus

Lagi tanaman koleksi bonda. Limau jus (nama yang saya beri).Sekali diperhatikan, limau ini ada iras-iras limau madu atau limau manis. Sebenarnya tidak, limau ini lebih menyerupai limau lemon dari segi rasanya tetapi bentuknya bukan buah lemon. Sebiji limau matang sekiranya dikurangkan bilangan buahnya boleh mencecah seberat 300g. Jus yang dihasilkan agak banyak dan amat sesuai dibuat jus atau boleh juga diperah menjadikan perisa masakan. Amat menarik, pohon limau ini boleh ditanam melalui keratan batang tanpa perlu ditut atau dicantum.Pada mulanya, saya agak sangsi dengan maklumat yang ibu berikan, namun setelah melihat sendiri keratan yang dicacak oleh ibu ke dalam "polybag" tumbuh dan membesar, saya yakin, limau ini boleh ditanam melalui keratan batang.Sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah berkongsi di ruangan catatan.





Lokasi : Rumah ibu

Sabtu, 30 Julai 2011

Belimbing Buluh

Belimbing buluh tergolong dalam kumpulan pohon renek.Amat sesuai ditanam di persekitaran rumah sebagai pohon teduh juga sebagai pohon hiasan. Dedaunnya yang kecil mudah untuk diselenggarakan. Buah belimbing ini mungkin banyak mengandungi vitamin C dan sesuai untuk dijadikan jus. Selain itu buah ini juga boleh dijadikan bahan ramuan atau perisa masakan terutama masakan ikan sungai seperti masak lemak cili api dan asam pedas.Buah ini juga dapat dijadikan bahan pencuci untuk menghilangkan hanyir ikan, juga digunakan sebagai peluntur untuk menanggalkan daki atau kotoran pada tangan atau kuku.Buah belimbing buluh juga boleh dijeruk dan boleh juga dijadikan halwa. Sesetengah orang menjadikan belimbing yang telah dijeruk ini sebagai ramuan untuk mamasak "acar" dan tentunya acar tersebut sangat lazat dan lebih ketara kelazatannya tatkala menjelangnya Ramadhan al Mubarak ini.

Belimbing buluh hasil budi bonda kepada tanah di persekitaran rumah.



Rabu, 27 Julai 2011

Pohon Randa

Lama benar tidak "mengupdate" halaman ini. Tumpuan lebih kepada Puakajoran.blogspot.com. dan melayan joran.Kesempatan pergi menjoran ku Tuas Yan pada minggu lalu saya gunakan untuk singgah di kampung kelahiran. Pertamanya ingin berziarah ibu tercinta sebab sudah dua minggu tidak menjenguk beliau. Terakhir saya temuinya ketika berkunjung (menjoran) ke Kuala Gula dua minggu lepas Selain itu, peluang ini saya gunakan untuk meninjau-ninjau beberapa koleksi tanaman ibu. Salah satu tanaman yang agak unik ialah pohon "randa" ini. Saya tidak pasti jika ada nama lain. Malas nak selongkar dalam internet. Cukuplah saya paparkan dengan nama yang biasa disebut oleh masyarakat setempat. Tumbuhan ini tergolong dalam kumpulan pohon renek dari suku sakat limau juga. Warna buahnya putih kemerah-merahan ketika muda dan bertukar menjadi merah apabila matang.Rasanya masam-masam kelat.Boleh dimakan mentah, dengan cara dicecah sedikit garam atau boleh juga dibuat jeruk atau halwa. Jika ingin melihat atau merasainya, hubungi Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com - Kudin Puakajoran.



 
 
Tidak sempat masak buah ini, menjadi santapan Kudin Puakajoran....cecah dengan garam.

Senarai Blog Pilihan