SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com
Selasa, 27 April 2010
Ulang Tahun Perkahwinan Tn. Hj. Roslan Yang ke-23
Sebentar tadi telah berlangsung majlis kesyukuran Tn. Hj. Roslan b. Lee secara kecil-kecilan meraikan usia perkahwinannya yang ke-23. Rakan-rakan telah disajikan dengan hidangan tengah hari bemenukan masakan istimewa pn. Mahani (Isteri tn. Hj. Roslan). Hidangan juga turut diserikan dengan ulam-ulaman dan sayuran-sayuran yang ditanam sendiri dan sebahagiannya diperolehi di sekitar tempat kami bertugas, SK Besout 3.
Ahad, 25 April 2010
Pegaga
Pegaga juga adalah antara sayuran dan ulaman yang ditanam di sekitar Sekolah Kebangsaan Besout 3. Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, pokok-pokok ini dapat juga dijadikan hidangan ketika sekolah mengadakan jamuan pada hari-hari tertentu atau bekalan pulang olehsebahagian guru atau kakitangan yang berminat.
Sabtu, 24 April 2010
Jumaat, 23 April 2010
Anggur F 10
Jumaat, 16 April 2010
Rabu, 14 April 2010
Cekor
Sesetengah orang mungkin tidak mengetahui tentang tumbuhan ini manakala sebahagian yang lain tidak menggemarinya lantaran baunya yang agak kuat. Apapun tanggapan orang, saya amat menggemari tumbuhan ini, apatah lagi jika dimasukkan ke dalam masakan ikan keli salai bersantan atau lebih dikenali "masak darat" atau pecal lele dlm kalangan masyarakat berketurunan Jawa. Cekur juga boleh dijadikan penawar bagi orang yang berpenyakit angin jika memakannya.Terdapat dua jenis cekur di sini iaitu cekur hijau dan hitam namun saya hanya sempat memuatkan cekur hijau sahaja untuk perkongsian.
Lokasi: SK Besout 3
Lokasi: SK Besout 3
Nanas Hijau
Setelah tanaman saya tidak lagi hidup subur di persekitaran rumah, saya mengambil keputusan untuk merehatkan tanah di kawasan itu seketika. Tujuannya agar serangga perosak dapat berhijrah ke tempat lain. Tanpa saya sedari persekitaran tempat kerja saya juga ditanam dengan tumbuhan yang tidak kurang memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Lantas saya berusaha mengaktifkan semula catatan saya ini.
Secara umum nanas dikatakan mempunyai rasa yang enak. Boleh dijadikan pelbagai juadah samaada sebagai sayuran atau hidangan pencuci mulut. Sesetengah orang menjadikan nanas sebagai bahan untuk menghilangkan kesan minyak pada tangan selepas makan. Nanas hijau juga dikatakan mampu merawat beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi dan batu karang.Lokasi : Perkarangan SK Besout 3.
Secara umum nanas dikatakan mempunyai rasa yang enak. Boleh dijadikan pelbagai juadah samaada sebagai sayuran atau hidangan pencuci mulut. Sesetengah orang menjadikan nanas sebagai bahan untuk menghilangkan kesan minyak pada tangan selepas makan. Nanas hijau juga dikatakan mampu merawat beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi dan batu karang.Lokasi : Perkarangan SK Besout 3.
Ahad, 11 April 2010
Dilanda Kemarau dan Makhluk Perosak
Musim panas yang berpanjangan membuatkan tanaman saya kering dan mati. Ditambah pula dengan tabiat malas untuk menyiram. Selain itu serangan makhluk perosak juga membuatkan hati menjadi lemah untuk membaikpulih tanaman. Bukan tidak pernah digunakan racun serangga tapi hasilnya tetap juga kurang memuaskan. Bimbang pula, takut-takut mendatangkan mudarat pada manusia. Seketika ini, biarlah tumbuhan sedia ada itu membina imunitinya secara semula jadi.
Langgan:
Catatan (Atom)