SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Ahad, 11 April 2010

Dilanda Kemarau dan Makhluk Perosak

Musim panas yang berpanjangan membuatkan tanaman saya kering dan mati. Ditambah pula dengan tabiat malas untuk menyiram. Selain itu serangan makhluk perosak juga membuatkan hati menjadi lemah untuk membaikpulih tanaman. Bukan tidak pernah digunakan racun serangga tapi hasilnya tetap juga kurang memuaskan. Bimbang pula, takut-takut mendatangkan mudarat pada manusia. Seketika ini, biarlah tumbuhan sedia ada itu membina imunitinya secara semula jadi.

1 ulasan:

nuffnang