Sesetengah orang mungkin tidak mengetahui tentang tumbuhan ini manakala sebahagian yang lain tidak menggemarinya lantaran baunya yang agak kuat. Apapun tanggapan orang, saya amat menggemari tumbuhan ini, apatah lagi jika dimasukkan ke dalam masakan ikan keli salai bersantan atau lebih dikenali "masak darat" atau pecal lele dlm kalangan masyarakat berketurunan Jawa. Cekur juga boleh dijadikan penawar bagi orang yang berpenyakit angin jika memakannya.Terdapat dua jenis cekur di sini iaitu cekur hijau dan hitam namun saya hanya sempat memuatkan cekur hijau sahaja untuk perkongsian.
Lokasi: SK Besout 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan