Begitulah kehidupan, lambat laun pastinya berubah atau diubah.Setelah sekian lama menghuni di kediaman F10, Perumahan Kakitangan Perbadanan Kilang Sawit,Felda Besout, Akhirnya terpaksa juga meninggalkan rumah yang penuh nostalgia itu. Diserahkan semula kepada pihak pengurusan kerana kerja-kerja menaik taraf dan pembinaan semula rumah pegawai dan petugas.Selepas ini, pastinya lokasi ini berubah wajah dengan bangunan baharu yang sedang dan akan dibina.
Tiada lagi serai,kelapa,nangka,anggur,limau purut,limau kasturi,delima,anggur,pisang abu,pisang berangan,kunyit dan rambutan merah.Sebahagiannya terpaksa ditinggalkan.Hanya anggur dan serai mampu dibawa pulang untuk di tanam di kediaman baharu.
Saksikan kronologi pohon rambutan merah yang saya tanam di hadapan rumah sewaan ini mengeluarkan hasil.Usianya hampir 4 tahun.Paling banyak berbuah pada tahun ini.Ditinggalkan sebagai wakaf kepada penghuni terkemudian.
Masih sempat merasa, sebelum berangkat keluar, terdapat setangkai dua rambutan yang telah masak untuk kami nikmatinya.Mungkin buah dari bunga yang terdahulu.
Melupuskan barang-barang usang di rumah F10 sebelum ditinggalkan dan di serahkan kepada pihak Pengurusan Perbadanan Kilang Felda.
Masih boleh merasa rambutan yang terdapat di rumah ayah.Di tempat tinggal saya sekarang agak mustahil untuk menanam rambutan.Ruangan yang terhad.Hanya sesuai untuk tumbuhan kecil atau tanaman pasu.
SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com
Rabu, 7 Disember 2011
Selasa, 15 November 2011
Kedondong
Kedondong juga dikenali dengan nama ambra.Pokok kedondong pemberian rakan setugas, puan Nurasyikin isteri kepada Nurafendy Frozen sudah mengeluarkan hasil.Paling menakjubkan seminggu selepas ditanam, pokok ini mula mengeluarkan bunga.Sangkaan saya pokok ini datangnya dari semaian biji benih memandangkan batangnya yang lurus dan tegak tanpa mempunyai ranting.Setelah ditanam saya siram dengan baja siraman padi, baja foliar.Hasilnya dalam tempoh seminggu,kedondong ini mula berbunga.
Putik buah mula terbentuk.
Setelah beberapa minggu, saya kira buah ini sudah boleh dimakan.Kebiasaannya buah ini dibuat jeruk.Sesetengah penggemar pula suka memakan mentah dengan dijadikan ramuan rojak buah atau dicecahkan sahaja dengan sedikit garam.Buah ini juga boleh dijadikan menu atau masakan.Buah yang separa masak sesuai dimasak pajeri.Cara membuatnya sama seperti memasak pajeri nanas.Rasa dan aromanya sangat membangkitkan selera.
Putik buah mula terbentuk.
Setelah beberapa minggu, saya kira buah ini sudah boleh dimakan.Kebiasaannya buah ini dibuat jeruk.Sesetengah penggemar pula suka memakan mentah dengan dijadikan ramuan rojak buah atau dicecahkan sahaja dengan sedikit garam.Buah ini juga boleh dijadikan menu atau masakan.Buah yang separa masak sesuai dimasak pajeri.Cara membuatnya sama seperti memasak pajeri nanas.Rasa dan aromanya sangat membangkitkan selera.
Selasa, 18 Oktober 2011
Bendi Penyeri Pinggiran Laman
Saban petang berkunjung ke rumah ayah mertua dapat juga santai dan menjamu mata dengan tanaman bendi yang menghijau.Bendi baka Taiwan dan tempatan hidup subur dan memberi pulangan dalam masa yang singkat.Walaupun sudah menjangkau usia lebih 74 tahun tetapi ayah masih gagah berbudi pada tanah.Cara "orang lama" bersenam dan mengeluarkan peluh.Hasilnya dapat juga dijadikan hidangan keluarga,disedekahkan kepada jiran-jiran dan selebihnya dijual untuk menampung perbelanjaan membeli akhbar harian.
Jumaat, 14 Oktober 2011
Limau Bola
Sejenis limau yang saya temui di perkarangan rumah sahabat, Encik Din,Pemandu Felda Gunung Besout. Agak unik limau ini.Dinamakan oleh pemiliknya dengan nama limau bola lantaran bentuk buahnya yang bercorak berjurai-jurai hijau kekuningan.Saiz pokok, buah dan rasanya saling tak tumpah seperti limau kasturi.Hanya warna daun dan buahnya yang berbeza.Menurut Encik Din, tumbuhan ini dipeolehinya ketika melawat pameran ekspo pertanian di UPM beberapa tahun dulu.Ketika ini Encik Din sedang berusaha membiakkan baka limau ini sebagai bahan tukaran dengan sahabat-sahabat yang mempunyai koleksi unik pokok-pokok limau.
Selasa, 13 September 2011
Pokok Randa Atau Asam Randa
Serupa tapi tidak sama.Sekali imbas saling tidak tumpah bunga jenjarum atau ixora.Sesetengah orang memanggilnya bunga pecah periuk.Daunnyapun mirip bunga tersebut tetapi batang pohon ini ditumbuhi duri-duri seperti duri limau.Inilah pokok randa,tumbuhan yang agak unik daripada koleksi ibu saya.
Langgan:
Catatan (Atom)