SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com
Selasa, 5 April 2011
Delima
Delima atau nama saintifiknya punica granatum sangat sesuai ditanam sekitar rumah sebagai pohon hiasan. Pokoknya yang tidak begitu besar saya kira boleh ditanam berhampiran rumah dan kurang memberi ancaman kepada rumah berbanding pohon lain seperti mempelam atau ciku. Delima dikatakan berasal dari negara Iran dan negara-negara arab lain. Istimewanya buah ini kerana telah disebut beberapa kali di dalam kitab al Quran. Dipercayai buah delima mengandungi khasiat tersendiri. Semasa kecil, saya pernah menyaksikan ibu menggunakan kulit buah delima yang diasah dengan air pada bontot pasu . Hasil asahan tersebut kemudiannya disapukan pada perut adik untuk mengubati penyakit cirit birit. Saya tidak pasti bagaimana larutan kulit delima bercampur air itu mampu menyembuhkan sakit perut. Mungkin hanya sekadar petua dan berkat keyakinan atau kepercaan orang dulu-dulu mengatasi logik perubatan moden pada ketika itu. Apapun saya amat menggemari buah ini dan berminat untuk menanam tumbuhan ini. Tambahan pula daunnya yang kecil tidak terlalu menyemakkan halaman rumah. Pohon ini juga sesuai ditanam di dalam pasu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
org lama2 je yg tahu tentang buah delima ni
BalasPadamtapi biji banyak isi kurang.
doktor sarankan utk tambahkan darah makan buah delima ni...jgn makan hati lembu/ayam...
BalasPadamkapan nak boleh nyicipi
BalasPadam