SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 17 Mei 2011

Nangka

Nangka termasuk ke dalam kumpulan Moraceae; nama saintifiknya adalah Artocarpus heterophyllus. Dalam bahasa Inggeris nangka dikenali sebagai jackfruit. Selain dimakan apabila masak,buah nangka muda amat enak jika dibuat sayur. Antara masakan yang selalu dibuat oleh penggemar sayur nangka ialah masak lemak cili api, campuran masakan kari daging atau ayam, kerabu dan sedap juga jika direbus dan dicicah sambal belacan. Nangka yang saya paparkan ini hanya sesuai dibuat sayur. Ulasnya yang banyak dan kecil dan rasanya sedikit tawar apabila masak menjadikan nangka yang ditanam di hadapan rumah sewaan saya ini sesuai untuk dibuat sayur. Ketika ini nangka ini sedang berbuah dan telah mendapat tempahan daripada beberapa orang jiran untuk dijadikan hidangan kenduri perkahwinan anak mereka yang akan berlangsung pada cuti sekolah bulan Mei/Jun nanti.

2 ulasan:

nuffnang