SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Selasa, 2 Oktober 2018

Ceburi Hobi Ternak Lebah Kelulut

Bidang penternakan lebah kelulut  semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat agro tempatan. Bukan sahaja untuk madunya tetapi kelulut juga sangat berkait rapat dengan bidang pertanian khusus untuk melalukan pendebungaan pada pokok buah-buahan.

Jika anda ingin memulakan penternakan kelulut sekarang, mungkin masanya agak lewat namun bagi yang berkemampuan tidak harus menoleh ke belakang lagi kerana harga untuk log kelulut akan terus meningkat. Semakin popular kelulut, semakin ramai orang ingin menceburi bidang penternakan lebah kelulut ini. Jesteru, kenaikan harga tidak dapat dibendung.

Harga madu yang tinggi iaitu sehingga RM300 per kg membuatkan ramai ingin menjadikannya sebagai satu cara menambah pendapatan. Dengan hasil sekitar 1 kilogram seharipun penternak akan dapat duit tambahan yang selesa tanpa melakukan tugasan berat.Faktor ini yang mendorong semakin ramai untuk terlibat.

Biarpun nampak mudah akan tetapi penternak perlu mendapat ilmu yang cukup, tahu tentang spisis lebah kelulut yang boleh menghasilkan madu untuk komersial, musuh lebah kelulut, tida penggunaan bahan kimia yng berbahaya seperti racun serangga serta aset persekitaran yang baik.

Saya paparkan sebahagian log kelulut milik saya yang mula diusahan sejak penghujung tahun 2016 yang lalu. Log-log ini saya tempatkan di tiga lokasi iaitu di kediaman saya Taman Bukit Slim, Slim River, di kediaman orang tua saya, Kampung Kurnia Slim River dan di kediaman sahabat saya di FELDA Gunung Besout 2.

Sehingga kini saya hanya berminat untuk menyimpan atau menternak kelulut jenis Ietama, Binghami dan Thoracica.

Saya juga masih berminat untuk mendapatkan log tambahan jika harga berpatutan. Bagi perkongsian hobi dan maklumat yang agak "gila" ini, pandangan dan pendapat anda sangat dialu-alukan. Terima kasih.















































































Hak cipta terpelihara - Tokanpuakajoran.

1 ulasan:

  1. Hobi yang menguntungkan. Berapa liter madu setiap bulan anda dapat sedut?

    BalasPadam

nuffnang