Tidak semua tempat sesuai untuk ternakan kelulut. Persekitaran hutan semula jadi yang redup dan sejuk sangat elok untuk aktiviti penternakan. Selain itu, kelulut memerlukan sumber seperti damar, getah pokok, resin, debunga,nektar dan madu untuk membina sarang dan mengumpul makanan.
Persekitaran biasa yang ditumbuhi pokok acarsia, tumbuhan renek seperti senduduk dan seumpamanya, rambutan,cempedak,nangka, dan durian mungkin sesuai untuk lebah kelulut jenis Itama dan Teminata manakala Trigona Apcalis, Binghami, Thoracica dan Cony Front memerlukan banyak damar dan getah kayu yang terkandung dalam pokok balak seperti meranti dan seumpamanya untuk membuat sarang dan kantung madu. Madu tidak dapat disimpan jika kelulut tidak dapat membina sarang.
Antara tanaman dan tumbuhan yang menghasilkan madu serta nektar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan