Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Ahad, 26 Disember 2010

Merimbun dan Berputik Lagi

Lama benar tidak"mengupdate" blog ini. Masalah teknikal yang belum pulih, gambar-gambar masih tersimpan di dalam hard disk komputer lama yang sedang diselenggarakan.Entah bila akan selesai saya tidak pasti. Ini halnya dengan anggur yang berada di rumah sewa saya. Sudah saya cantas dan potong dahan dan ranting. Yang tinggal hanyalah bahagian yang boleh saya bawa pulang ke rumah. Belumpun sempat dibawa pulang tahu-tahu sudah merimbun semula dan berputik lagi. Belum mahu dibawa pulang agaknya. Saya akan bawa pulang juga sekiranya pergola yang dibuat oleh Tok Kie Golok Kraf siap sepenuhnya.




5 ulasan:

  1. wauu bestnya senang berbuah ya.....
    berbudi dengan tanah x rugi...kan

    BalasPadam
  2. seronok nak menanti hasil yg boleh di makan kan?

    BalasPadam
  3. Menarik dan nampak sihat pokoknya. Tanam dalam pasu?

    BalasPadam
  4. Tokan2 SUD@IS,Sayangsayangibu n Bangchik, Selamat datang...sesekali seronok bercucuk tanam tapi ruang terhad. Tanahpun tidak begitu subur dr tanah merah liat, jenuh dibubuh baja. Ya Bangchik, anggur tersebut ditanam di dlm pasu.

    BalasPadam
  5. waaa....best nya dah berbuah anggur dia....
    yang kat umah eita masih tak berbuah jugak....
    daun je lebar2 tapi tak de hasil pun lagi..

    BalasPadam

nuffnang

Senarai Blog Pilihan