Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Isnin, 5 September 2011

Markisa MTAZ

Masih lagi dalam mood Aidil Fitri. Dalam aktiviti ziarah sempena aidil fitri, saya sempat meninjau lokasi dan kediaman rakan-rakan yang menjadikan tanaman pertanian sebagai tanaman hiasan atau teduhan di perkarangan rumah mereka.Berikut saya paparkan sejenis tumbuhan menjalar iaitu markisa.Gambar ini dirakamkan di perkarangan Maahad Tahfiz Azzahrah, Ulu Langat, Selangor.Sangat menarik perhatian dan menyejukkan pandangan. Buah-buah yang hampir matang, menanti saat untuk dipetik.

Markisa tergolong dalam kumpulan tumbuhan menjalar dan dan memanjat.Dikenali juga dengan nama buah susu.Buahnya boleh dimakan mentah atau dibuat jus.Pengalaman saya, pokok markisa adalah tumbuhan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Saya kira proses penanaman pokok ini tidaklah sukar.
Buah yang sesuai dijadikan jus dan minuman yang yang enak.Boleh juga dimakan mentah dengan cara menyedut isinya dari bahagian kulit yang telah dibelah.Rasanya masam-masam manis.Jika kena cara menyedutnya akan menerbitkan rasa dan aroma yang mengasyikkan.
Pohon markisa boleh hidup lama.Jika anda mempunyai sedikit modal, bolehlah membuat pergola kekal (kayu cengal atau merbau) sebagai tempat tumbuhan ini memanjat. Pastinya menarik. Contoh pergola di sini http://agrohias.blogspot.com/2010/05/pergola-golokkraf.html







Gambar:Abu Afaf MTAZ sekutu puakajoran.blogspot.com.

7 ulasan:

  1. melihat pokok markisa ni membuatkan saya terkenangkan arwah ayah..

    BalasPadam
  2. terliur tengok gambar buah markisa ni. Nyum nyum.

    BalasPadam
  3. Wah seronoknya tengok buah markisa yang banyak terjuntai.

    BalasPadam
  4. sincerely..im so interesting with ur entry...so absolute..nver i seen it before this..like this so much....how cutest this fruit...
    follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. As salam, lebatnya pokok markisa ni berbuah. Sdp tu buat jus.

    BalasPadam
  6. pokok markisa yang pernah saya tanam baru sahaja mati akibat akarnya dimakan anai-anai.Lebih 6 tahun hidupnya dan tidak putus menghasilkan buah...

    BalasPadam
  7. Saya mohon post ini dalam blog saya. saya nak posting semula bolehkan tq.

    BalasPadam

nuffnang

Senarai Blog Pilihan