Pengikut

SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

COUNTER

Translator

Rabu, 23 Oktober 2013

Terung Bulat Menggantikan Cili Api

Setelah puas merasai kepedasan cili api dan kehijauan pohonannya yang semakin pudar, tibalah masa bertukar jenis tanaman. Kali ini saya  pilih terung bulat. Sempat jugalah merasa hasil titik peluh awal,     lebih 50 pokok anak benih yang saya semai dijual kepada rakan-rakan dengan harga RM 1/pokok. Selebihnya saya guna sendiri. Kini tanaman terung sudah menampakkan hasil.




2 ulasan:

  1. nak tanya terung bulat tu tanahnya banyak semut tak?? ini kerana tanah saya banyak semut...kelihatan bersarang...ada petua??

    BalasPadam
  2. Semut dan serangga itulah masalahnya tapi tidaklah begitu ketara....sesekali guna juga racun makhluk perosak jenis semburan yang berasaskan air, contoh "malathion" sejenis racun yang perlu dicairkan seperti PEKATAN TEREMULASI (Teremulation concentrate) dimana larutan bahan kandungan aktif dalam pelarut ini boleh dicairkan dengan larutan bukan air. Racun jenis ini bersifat Bendalir dan Homogen dimana boleh juga dilarutkan dengan air. Jenis formulasi ini mudah dikendali, diangkut dan juga untuk penyimpanan amat mudah. Cara penyediaannya juga mudah iaitu dengan dikocak sedikit sahaja dan kesan residu yang sedikit. Kelemahan formulasi ini adalah kadar kepakatan tinggi, mudah diserap oleh kulit, iainya Pelarut iaitu menghakis bahagian penyembur racun, mengubahwarna serta menyebabkan kesan lubang pada bahagian yang dicat dan bersifat penghakis juga.


    Formulasi Pekatan Ampaian (SC) merupakan ampaian kandungan bahan kandungan aktif yang stabil dalam bendalir. Racun jenis ini perlu dicairkan dengan air sebelum digunakan. Kelebihan racun ini adalah tidak perlu di kocak tetapi tidak banyak produk yang berasaskan kepada jenis formulasi ini dipasaran. Formulasi Granule Termikrokapsul (MG) adalah formulasi berbentuk granule yang mempunyai satu lapisan perlindungan dan pengawalan perlepasan dimana kadar perlepasan adalah secara beransur-ansur. Memang sukar hendak memahami bahasa teknikal mengenai racun ini....


    Formulasi Pekatan Yang Boleh Dilarut (WSC- Water Soluble Concentrate) adalah formulasi cecair yang perlu dicairkan dengan air dahulu sebelumdigunakan. Racun jenis ini mudah disimpan, diangkut dan mengandungi bahan kandungan aktif yang tinggi.,,,,awasi penggunaan dan patuhi arahan jika anda menggunakan racun makhluk perosak jika tidak gunakan kaedah2 tradisi seperti air bancuhan tembakau atau air bawang atau lain-lain bancuhan yang bersifat boleh menghalau serangga .....sekian.

    BalasPadam

nuffnang

Senarai Blog Pilihan