SELAMAT DATANG KE LAMAN Agrohias.blogspot.com

Tanah pertanian yang luas saujana mata memandang tidak akan mendatangkan manafaat sekiranya tidak diurus dengan baik, sebaliknya kawasan persekitaran rumah yang sempit dan terhad boleh memberikan pulangan sekiranya diurus dengan betul.Disamping sebagai sudut rekreasi dan santai, persekitaran rumah juga dapat menghasilkan keperluan harian seperti sayuran dan buahan segar sekiranya ada usaha dan kemahuan.Blog ini dibangunkan khusus untuk berkongsi idea dan pengalaman rakan yang meminati bidang agro sama ada sebagai tanaman hiasan, sara diri atau komersial. Juga sebagai medan mempromosikan teknik berkaitan agro dan hasil yang diusahakan.Semoga ruangan ini memberi manafaat kepada kita semua- Budr® Agrohias.blogspot.com

Sabtu, 21 Jun 2014

MAHA 2014 sasar RM20 juta jualan, lima juta pengunjung

21/06/2014

MELAKA - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 yang akan diadakan November ini menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta dan lima juta pengunjung, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pameran dwitahunan yang berlangsung selama 11 hari bermula 20 November di Serdang, Selangor itu juga memberikan peluang kepada usahawan pertanian dan industri asas tani di negara ini menjual produk mereka dalam pasaran yang lebih luas.

"MAHA 2012 jualan kita capai RM10 juta dengan pengunjung 3.3 juta, jadi bila tahun ini sasaran kita letak lebih besar.

"Selain itu kita juga mengaturkan padanan perniagaan buat usahawan pertanian dan industri asas tani bukan sahaja dengan peniaga dalam negara malah dari luar negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pertanian dan Keusahawanan Sempena Road To Maha, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Serta Minggu PKS Peringkat Negeri Melaka 2014 yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nuffnang